Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lepas Satu Per Satu Rakan Positif! Rungsing Dengan Keadaan Semasa, Ben Amir Jalani Ujian Kedua Covid-19

Peminat sudah pun sedia maklum bahawa kru bagi drama “Demi” yang membuat penggambaran di luar negara, iaitu di Scotland satu per satu disahkan positif Covid-19.

Pulang dari negara berkenaan, Puteri Aishah menjadi individu pertama dalam kalangan mereka yang mula disahkan positif wabak berkenaan.

Kemudiannya diikuti ibu Rayqa yang dikenali sebagai Syira, penolong pengarah, jurukamera serta kru bahagian pakaian dan juga solekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Tak Dijangka! Pelakon Puteri Aishah Pula Positif Covid-19. Ikuti Pendedahan Pengurus Peribadinya

Beberapa hari lepas, peminat dikejutkan pula dengan perkhabaran aktor kacak Ashraf Muslim yang menjadi mangsa berikutnya. Menjadikan mereka yang terlibat dengan drama tersebut dalam keadaan berjaga-jaga.

Sumber Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Disahkan Positif Covid-19, Ashraf Muslim Kongsi Detik Dan Perasaan Saat Menaiki Ambulans

BEN AMIR BERDEBAR TUNGGU UJIAN KEDUA COVID-19

Antara aktor lain yang terlibat dengan drama Demi ialah Ben Amir. Pada ujian pertama kali, dia disahkan selamat dari jangkitan wabak berkenaan.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, Ben Amir perlu menjalani ujian saringan buat kali kedua hari ini bagi benar-benar bebas dari wabak berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Ben Amir menerusi satu posting di Twitternya hari ini. Sudah pasti ianya suatu hal yang membimbangkan memandangkan individu di sekelilingnya mula terkesan.

Sumber Twitter

RAMAI BERI KATA SEMANGAT

Melihat kepada reaksi warganet, peminat rata-rata memberikan kata semangat buat aktor kacak berkenaan.  Enggan membiarkan Ben Amir dihantui dengan perasaan gelisah, mereka tidak putus-putus memberikan reaksi positif dan mendoakan kesihatan yang baik buatnya.

Mereka juga meminta agar Ben Amir terus berkongsikan jawapan ujiannya sejurus sahaja mengetahui keputusannya.

Sumber Instagram

Sebagai kesimpulannya, kita tidak boleh memandang ringan dengan isu wabak Covid-19. Meski pun negatif bagi ujian pertama, ianya bukan lah keputusan muktamad bahawa diri bebas dari wabak tersebut.

Pernah terjadi kes di Itali yang mana pesakit bebas dan negatif untuk dua kali ujian. Namun pada kali ketiga ujian, dia disahkan positif.

Buat masa ini, amat sukar untuk memastikan diri benar-benar bebas. Apa yang pasti kekalkan gaya hidup yang sihat dan amalkan kebersihan dengan mencuci tangan sentiasa.

Kongsi artikel ini: