Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gara-Gara Latar Belakang Gambar! Ibu Hanis Zalikha Tayang Duit Pemberian Anak Buat Netizen Tak Selesa

Hebatnya insan bergelar ibu! Mereka sanggup bersusah payah demi membersarkan anak yang tercinta. Segala pengorbanan yang mereka curahkan ini sukar untuk dibalas.

Oleh yang demikian, kita sebagai anak dituntut untuk menjaga hati dan perasaan mereka agar tidak terluka. Ibu dan bapa ini tidak mengharapkan balasan wang ringgit dari anak-anak.

Cukup sekadar dengan bertanya khabar dan kerap melawat mereka di kampung. Semakin meningkat usia mereka, semakin sunyi kehidupan. Anak-anak yang mula dewasa mula memiliki komitmen sendiri dan lupa akan tanggungjawab ini.

IBU HANIS ZALIKHA TAYANG DUIT SEOLAH RIAK

Contoh yang baik telah dilakukan oleh pelakon terkenal, iaitu Hanis Zalikha apabila dia memberi duit belanja kepada ibu kesayangan, Nani Rostam. Walau bagaimanapun, entri yang dimuat naik ibu Hanis telah mengundang perhatian netizen.

Mereka menyifatkan ianya bersifat riak dan sengaja untuk menayangkan kepada umum walhal sepatutnya tidak perlu untuk berkelakuan sedemikian.

“Alhamdulillah. Rezeki dari Allah melalui anak-anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kathiran Hanis Zalikha setiap bulan bagi belanja buat mama. Semoga luas rezeki serta mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Amiin ya Mujib ya Arhamma Rohimin. Love u till jannah.” Tulis Nani Rostam.
Sumber Twitter
Sumber Twitter

Kemudian perkongsian mama Hanis Zalikha ini dikicau semula di laman Twitter. Di sana pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pengguna yang berasa kurang senang dengan gambar tersebut.

PAKEJ STARTER PACK

Mereka menyifatkan ia seolah-olah lebih kepada menunjuk berbanding niat asal iaitu bersyukur. Yang kurang mengenai perkongsian Nani Rostam adalah berlatar belakangkan duit, quran dan juga tasbih.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Tak semuanya berfikiran negatif. Ada yang mempertahankan bahawa gambar dikongsikan tidak perlu pun untuk dijadikan isu. Ada baiknya mama Hanis buat perkongsian sebegini agar anak-anak sedar tentang berbuat baik kepada ibu dan bapa.

Kesimpulannya, netizen terlalu banyak masa dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggakan perkongsian sebegini turut dijadikan isu. Kadang kala orang yang berumur langsung tidak terlintas soal latar belakang gambar, cuma apa yang dibanggakan adalah anak yang ingat kepada mereka.

Kongsi artikel ini: