Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam rumah tangga, pelbagai ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Ada yang diuji dengan kesetiaan. Dan ada pula diuji dengan zuriat.
Demikian setiap pasangan dituntut untuk saling memahami dan menerima kekurangan antara satu sama lain.
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan merpati dua sejoli Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Berita baik ini dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi Instagramnya sebentar tadi.
FAZURA KINI HAMIL EMPAT BULAN
Difahamkan Fazura kini sedang hamil empat bulan dan memuat naik beberapa keping gambar mesra denga suaminya sebagai tanda gembira di atas kurniaan ini.
TERIMA KASIH BAGI YANG MENDOAKAN
PEMINAT TURUT TERUJA DENGAN PERKHABARAN BAIK
Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka turut gembira dengan perkhabaran ini. Mereka dilihat tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat Fazura dan Fattah Amin yang akhirnya rezeki mereka sudah pun tiba.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup Fazura dan suami menambahkan lagi keceriaan serta kebahagiaan hidup. Benar lah rezeki Allah itu tiba tepat pada masanya.
Diharapkan segala urusan Fazura dipermudahkan sepanjang proses berbadan dua ini. Tahniah penulis ucapkan.