Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ianya telah memberi kesan dalam pelbagai aspek. Bukan setakat ekonomi malah kehidupan harian masyarakat turut berubah.
KENA BIASAKAN KEHIDUPAN NORMAL YANG BARU
Sebelum timbulnya wabak Covid-19, rata-rata kita boleh bebas untuk bergerak ke mana sahaja tanpa perlu memikirkan penjarakan sosial atau pun curiga dengan kesihatan individu lain yang ada di persekitaran.
Walau bagaimanapun, keadaan tersebut berubah 360 darjah. Kini kita perlu membiasakan diri dengan gaya hidup yang baru seperti elak dari bersalaman, kerap basuh tangan, kekal memakai topeng muka dan banyak lagi hal yang selama ini kita langsung tak pernah amalkan.
RISTEENA MULA RINDU MAKAN BERSUAP DENGAN ISA KHAN
Terkesan dengan situasi ini ialah pelakon cantik Risteena Munim. Dia mula meluahkan rasa rindu terhadap encik tunangnya, Isa Khan. Sebelum ini mereka kerap dilihat berkepit bersama dan kini terpaksa melupakan aktiviti tersebut seketika.
Jelasnya, momen yang paling dirindui adalah ketika Isa Khan menyuapnya makan. Hal demikian boleh membuatkan dia makin bertambah selera makannya.
Risteena dan Isa Khan sangat terkenal dengan aksi romantis mereka. Sebelum ini mereka merahsiakan identiti hubungan masing-masing. Namun sejak pengumuman pertunangan, kedua mereka tidak kekok lagi berkongsi kebahagiaan bersama peminat.
PEMINAT DOAKAN MEREKA CEPAT NAIK PELAMIN
Antara yang menjadi tumpuan adalah aksi romantis Isa Khan memotong kuku Risteena dan juga mencucikan kaki tunangnya itu. Ramai yang meluahkan rasa cemburu dan mendoakan mereka cepat mengakhiri dengan lafaz akad nikah.
Baru-baru ini juga, Risteena ada mengirimkan makanan kepada Isa Khan melalui perkhidmatan Grab. Itu salah satu cara mereka melepaskan rindu masing-masing.
Ini antara cabaran buat pasangan berhubungan secara jarak jauh di kala diri terpaksa kuarantin. Ujian sebegini sebenarnya manis untuk diingat kembali apabila kesemua sudah berlalu.
Semoga mereka berdua terus tabah dan perasaan rindu membuatkan mereka lebih akrab. Peminat dah tak sabar untuk melihat kedua mereka naik pelamin.