Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kamal Adli Sambut Birthday Keseorangan Tahun Ini! Kejutan Kek Khas Dari Uqasha Senrose Curi Tumpuan

Sesetengah individu menganggap bahawa sambutan hari jadi sangat bermakna dalam hidup mereka dan ianya perlu diraikan. Ini bagi menghargai dan tanda syukur masih diberi peluang untuk terus hidup demi hari biar pun usia semakin meningkat.

Bagi yang lahir antara petengahan Mac sehingga April menjadi suatu ingatan paling besar dalam hidup mereka pada tahun ini. Pertama kali sepanjang hayat ianya diraikan dalam keadaan hambar, tanpa jemputan mana-mana rakan terdekat.

CARA KAMAL ADLI SAMBUT HARI JADI KESEORANGAN MENCUIT HATI

Sudah pasti dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan sausana hari jadi menjadi sedikit kekok berbanding tahun yang sebelumnya.

Pelakon kacak kelahiran Pekan, Pahang, Kamal Adli antara salah seorang selebriti yang merasai detik menyambut hari jadi berseorangan di kedimannya yang jatuh pada hari ini, 16 April.

Momen lucu dikongsikan oleh Kamal menerusi laman Instagamnya yang mana memaparkan sedang bercakap bersendirian sambil dikelilingi oleh belon dan juga jambangan coklat.

TERIMA KEK KHAS DARI UQASHA

Yang menarik perhatian ramai adalah posting khas yang dimuat naik kemudiannya. Satu kek hari jadi telah pun dikirim kepadanya oleh pelakon cantik, Uqasha Senrose.

β€œTq so soo muchhh for this cake. Terkejut tengah baring kek sampai! Haihh nak cakap jugak sebab too special for me and i really2 happy yang @uqashasenrose2 yang send this cake. Tq soo much duduk rumah baik-baik taw awk. Tq tqq again.” Kongsi Kamal Adli.

Mereka sebelum ini pernah digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad sebagai suami isteri telah menjadi trending sehingga peminat mewujudkan nama gabungan khas untuk mereka berdua sebagai Uqamal.

Rata-rata berharap hubungan mereka berdua kekal sehingga ke dunia nyata. Lihat sahaja ruangan komen, ramai yang memberi reaksi dan mengusik agar kedua mereka dijodohkan bersama.

Mereka turut mengambil kesempatan mendoakan agar pelakon berkenaan dimurahkan rezeki dan sentiasa berjaya dalam dunia seni.

Tahniah Kamal kerana berjaya mengharungi cabaran ini. Mungkin agak janggal untuk sambut hari jadi berseorangan. Namun apakan daya keadaan yang memaksa.

Kongsi artikel ini: