Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dulu Harapkan Duit Jualan Kuih! Bapa Miliki 2 Anak OKU Ini Tabah Hadapi Ujian Putus Pendapatan Sejak PKP

Hikmah terbesar yang penulis dapat saksikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasi adalah kesedaran tentang masih ramai lagi masyarakat kita yang hidup dalam serba kekurangan.

Masuk fasa ke-3 PKP, ada sahaja perkongsian merungkai keluarga yang yang hidup dalam kedaifan. Berbeza dengan kehidupan sebelum PKP, ramai antara kita tidak sedar ataupun langsung tidak ambil tahu mengenai nasib kurang baik orang lain.

Selama ini asyik merungut dan lupa tentang rezeki. Bila terjadinya wabak ini, masing-masing mula berlapang dada dan mula sedar tentang erti syukur.

RISAU KEADAAN ANAK OKU

Memetik satu perkongsian dari laman Facebook Azami Ahmad, dikhabarkan seorang peniaga kuih (Mazlan Ibrahim) hilang punca pendapatan gara-gara terkesan dengan PKP.

Lebih menyayat hati adalah dia memiliki 5 orang anak dan dua daripadanya kelainan upaya (OKU).

Semakin lama PKP dilanjutkan, semakin merisaukan nasib yang dikenangkan oleh keluarga ini. Difahamkan kediaman keluarga ini terletak di Lorong Guru, Bandar Pasir Mas, Kelantan. Mereka sekeluarga hanya mengharapkan pendapatan dari hasil jualan harian semata-mata.

“Allahuu. Sepanjang aku kesana kesini kesana kesini kesana kesini. Membantu pada yg memerlukan. Harini paling terkesan.  Satu keluarga 5 orang anak. 2 darinya anak anak istimewa. Tak dapat makan minum seperti biasa.”

BERGANTUNG KEPADA MESIN

Abangnya berumur 6 tahun manakala si adik 3 tahun. Kedua mereka bergantung hidup kepada mesin yang menyalurkan susu.

“Si abang 6 tahun si adik 3 tahun. Tapi kerana sakit, langsung tak nampak umurnya 6 dan 3 tahun. Kecil sangat. Hanya bergantung hidup pada mesin yang menyalurkan susu. Ayahnya kerja menjaja kuih muih. Bila pkp, terputuslah rezeki.”
“Bilamana kita rasa susah diuji, ada lagi yg jauh lebih susah. Syukur kehadrat Ilahi aku tidak diuji sedemikian rupa.”

“Pada teman teman yg memberi sumbangan, mereka inilah salah satu dari penerimanya. Tak tahulah berapa boleh bertahan dengan keluarga yg agak besar. Doa aku agar dipermudahkan semuanya.”
“Ucapan terima kasih masih tak mampu menggambarkan betapa besarnya nilai sumbangan anda walaupun pada anda ianya tak seberapa.Terima kasih semua. Semoga dipanjangkan rezeki. Allah saja yg mampu membalasnya.”

Azami ada berkongsikan maklumat lengkap untuk mengubungi Pakcik Mazlan sekiranya ada pihak yang ingin menyalurkan bantuan ataupun sumbangan.

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga Pakcik Mazlan sekeluarga diringankan beban dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Kongsi artikel ini: