Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mak Cik Ini 37 Tahun Menumpang Tapak Pelupusan Sampah. Hidup Hanya Beralaskan Makan Sisa Sampah

Ada asbab Tuhan turunkan wabak Covid-19 kepada umat manusia. Mungkin Dia rindu agar umatNya untuk sujud dan sentiasa berasa syukur dengan segala nikmat kurniaanNya.

Selama ini nikmat apa yang kita dustakan? Pakaian, makan dan minum, keperluan tempat tinggal semuanya cukup lengkap tanpa rasa kurang. Namun kita masih merungut gara-gara suami jiran sebelah beli thermomix sebagai hadiah untuk isteri.

Ini lah yang dinamakan manusia, sentiasa wujud sifat cemburu dan rasa tidak puas hati. Jalan terbaik adalah pandang orang yang berada di bawah bukannya di atas.

Lihat sahaja keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang mula mengikat perut gara-gara hilang punca pendapatan. Sedangkan si kaya berada terkesan, ini kan pula si miskin yang selalunya hidup berkais.

WARGA EMAS MENUMPANG 37 TAHUN DI TANAH PELUPUSAN SAMPAH

Dalam perkongsian terbaru pengguna Facebook, yang dikenali sebagai Wan Rose menceritakan kisah yang mungkin tak tercapai dek akal fikiran manusia tapi masih ada dalam kehidupan yang serba moden ini.

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Menurut Wan Rose dia tidak dapat menahan sebak melihat warga emas wanita yang hidupnya menumpang. Tempat yang dia menumpang itu adalah tanah tempat pelupusan sampah. Sudah 37 tahun makcik tersebut hidup dalam kawasan berkenaan.

Difahamkan kejadian ini dijejaki di suatu tempat pelupusan sampah di Kampung Pusu 40, Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan. Awalnya Wan Rose berasa ragu, mana mungkin ada orang yang sanggup tinggal dalam keadaan dikelilingi dengan sampah.

Sumber Facebook

HANYA BERALASKAN PERUT SISA-SISA SAMPAH

Sangkaan dia sangat meleset apabila setibanya mereka ke kawasan tersebut, didapati ada tiga buah rumah yang mendiami di situ. Yang lebih menyayat hati adalah mereka beralaskan perut hanya dari sisa-sisa celahan sampah terbuang.

Wan Rose tidak berkongsi secara terperinci mengenai maklumat warga emas berkenaan. Namun menurutnya, bantuan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sudah pun empat tahun terhenti.

Sumber Facebook
Sumber Facebook

Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata turut terkesima dengan kejadian ini. Seolah tidak percaya makcik tua mampu untuk hidup dengan keadaan serba kekurangan. Mereka sempat menitipkan doa agar urusan makcik tersebut dipermudahkan dan ditemui insan yang berhati mulia.

Justeru, di saat kita merungut ketika memiliki makan minum yang cukup, jangan lah lupa untuk ucap rasa syukur. Semoga kisah perkongsian dari Wan Rose ini memberi banyak pengajaran berguna kepada kita semua.

Kongsi artikel ini: