Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak wujudnya wabak Covid-19, timbul juga wabak dalam dunia hiburan tanah air. Umum sudah pun sedia maklum dengan isu kemelut antara Zarina Anjoulie dan dua lagi pelakon lain iaitu Emelda Rosemila dan juga Amyza Aznan.
Hanya bermula dengan memohon pihak kerajaan mempertimbangkan bantuan khusus untuk golongan artis dan akhirnya ia berlanjutan sehingga ke hari ini.
ANJU TUNTUT PAMPASAN RM4JUTA
Gara-gara insiden tersebut Zarina Anjoulie atau selesa disapa Anju mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon berkenaan. Hanya dengan perbualan telegram yang tersebar meluas, Anju merasakan mereka cuba menjatuhkan reputasi.
Difahamkan Anju menuntut pampasan berjumlah RM4 juta. Memberi maklum balas kepada tuntutan Anju ini, Amyza dilihat masih lagi tenang dan mampu ketawa.
BIARKAN ANJING MENYALAK, MASIH MAMPU KETAWA
Amyza memberitahu yang dia tidak perlu melayan kerenah netizen dan segala yang diperkatakan kepadanya. Buat masa sekarang teruskan kehidupan seperti biasa.
RAMAI BERI KATA SEMANGAT, ANJU CARI PUBLISITI
Menerusi IG Story pula, Amyza dilihat memuat naik kata-kata semangat daripada peminat agar terus kuat dan mengabaikan sahaja perkara yang tidak bermanfaat. Jelas mereka, Anju sengaja mencipta publisiti di saat orang ramai memberi tumpuan ke arahnya.
Bagi penulis tidak salah sekiranya kedua-dua belah pihak jatuhkan ego dan bermaafan secara baik. Dunia seni hiburan tanah air sangat lah kecil. Dalam tempoh wabak, rasanya tidak sesuai masing-masing bermasam muka tanpa mendatangkan apa-apa kebaikan.
Semoga salah faham antara mereka dapat diselesaikan secepat yang mungkin tanpa melibatkan pengaruh undang-undang.