Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sajat Bangga Bapok Tak Kena Koronavirus Cetus Buah Mulut! Setepek Kena Dengan Ustaz Ahmad Husam

Nama usahawan kosmetik yang menggelarkan diri Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman sering sahaja menjadi perhatian orang ramai. Boleh dikatakan ada sahaja isu melibatkan status jantinanya.

SAJAT BANGGA BAPOK TAK KENA COVID-19

Belum lagi reda isu berpakaian wanita di Mekah baru-baru ini, Sajat sekali lagi menjadi buah mulut netizen. Ini berikutan dia memberitahu umum dengan bangganya golongan wanita jadian sepertinya masih lagi belum dijangkiti Covid-19.

Awalnya dia Cuma ingin menyampaikan agar orang ramai mengikut caranya agar tetap berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun lain pula kenyataan yang dikeluarkannya.

Sudah pasti kenyataan ini mengundang rasa tidak selesa ramai pihak. Covid-19 ini adalah hukuman Allah kepada hambaNya yang lalai. Ia tidak kenal latar belakang, yang baik, alim dan sebagainya turut terkena tempias.

USTAZ AHMAD HUSAM BERI NASIHAT, JANGAN CABAR KUASA ALLAH

Memberi reaksi kepada video berkenaan ialah pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin. Dapat dilihat Ustaz Husam menyeru agar Sajat tidak berasa terlalu tenang kerana laknat Allah datang dalam pelbagai bentuk.

Jadi jangan sesekali mencabar kekuasaanNya ataupun mempersendakan isu Covid-19. Dalam tempoh ujian ini sebaiknya kita bertaubat dan mendekat diri kepada agama yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Ustaz Husam berharap nasihatnya ini dapat dijadikan ikhtibar buat golongan wanita jadian yang lain agar kembali kepada fitrah asal.

“Kamu ingat murka Allah, laknat Allah ini suatu benda untuk dipermainkan ke? Sebenarnya kita dianjurkan oleh agama untuk berdoa pada Allah, dijauhkan dari laknat Allah, dijauhkan dari kemurkaan Allah. Tetapi kamu ni wahai Sajat seolah-olah..” Memetik nasihat dari Ustaz Husam.

Di akhir tegurannya, dia meminta agar Sajat kembali kepada Allah dan bersegera lah untuk bertaubat sebelum laknat Allah datang kepadanya. Bala Allah bukan datang kepada dirinya sahaja, malah semua orang akan terkena tempiasnya.

Walau bagaimanapun, Sajat telah pun memohon maaf dengan kenyataan yang dikeluarkan. Jelasnya video berkenaan telah diedit dari konten asal sehingga menimbulkan ramai salah faham.

Jadikan pengajaran bahawa lidah itu sangat tajam. Berhati-hati sebelum berkata-kata takut nanti padah yang menimpa.

Kongsi artikel ini: