Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lepas satu per satu kru dan juga pelakon yang pulang dari Scotland disahkan positif Covid-19. Sebelum ini kita dikhabarkan Puteri Aishah individu pertama yang terkena dengan wabak pandemik berkenaan.
Dan terbaru dikhabarkan Ashraf Muslim pula turut sama terkesan dengan Covid-19. Berita ini dikongsikan sendiri oleh aktor kacak berkenaan menerusi laman Instagram beberapa jam yang lalu.
Dia sempat berkongsikan momen berada dalam ambulans untuk dibawa ke hospital bagi tindakan rawatan selanjutnya. Biar pun sebak setelah mengetahui keputusan ini, Ashraf tetap redha dengan pilihan yang Allah tetapkan.
BERMACAM-MACAM BERMAIN DI FIKIRAN SEHINGGA BERPELUH SATU BADAN
Berkongsi perasaan, pelbagai perkara yang bermain di benak Ashraf ketika melangkah masuk ke dalam ambulans. Sehinggakan seluruh badan berpeluh. Dapat dilihat dia mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua keluarga, sahabat handai dan juga peminat selama mengenalinya.
Ashraf memohon doa orang ramai agar dia dan juga pesakit Covid-19 yang lain diberi kesembuhan secepat yang mungkin.
MOHON MAAF, BELUM BERSEDIA MENJAWAB PANGGILAN WARTAWAN
Dalam pada itu, Ashraf memohon maaf kepada pihak media dan juga wartawan yang gagal menghubungikan berikutan dengan tempoh ini, dia masih belum bersedia untuk menjawab segala panggilan.
Difahamkan Ashraf Muslim merupakan salah seorang pelakon yang terlibat sama dengan Puteri Aishah sewaktu keberadaan mereka di Scotland.
SEMOGA DIBERI KEKUATAN DAN CEPAT SEMBUH
Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang tak menyangka yang Ashraf turut terkena dengan wabak ini. Mereka sempat menitipkan doa agar aktor ini kembali sihat dan diberi kekuatan dalam berhadapan dengan ujian ini.
Semoga Ashraf Muslim dan pesakit Covid-19 yang lain diberi kesembuhan serta dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.