Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Yang Pernah Susah Je Tahu Hidup Susah! Puteri Balqis & Ibunya Sewakan Rumah Flat Untuk Gelandangan

Nama pelakon cilik Puteri Balqis binti Azizi menjadi bualan hangat sejak awal tahun lalu. Hal ini berikutan ramai yang tidak menyangka kehidupan peribadinya bertukar 360 darjah. Dia dahulunya terkenal dengan lakonan hebat, namun kini hidup dalam kesusahan.

Difahamkan dia dan ibunya, Norashikin pernah sampai 3 hari mengikat perut kerana ketiadaan duit. Ujian berat ini langsung mereka tidak diduga memandangkan Aqish sebelum ini berada di puncak kemasyuran.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan roda! Dulu pelakon cilik Puteri Balqis disanjung, kini hidupnya berubah dan ramai tak sangka

TAK SANGKA BUKU PUISI MASIH TERJUAL SEPERTI BIASA

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), difahamkan Aqish dan ibunya berada dalam keadaan baik. Menurut Ashikin dia tidak menyangka bahawa buku puisi anaknya masih lagi mendapat sambutan dan terjual seperti hari-hari biasa.

Tambahnya lagi, dia masih membuat penghantaran untuk buku yang terjual di kawasan-kawasan tertentu sahaja memandangkan ada kawasan yang dilarang untuk dilewati. Dalam perkembangan terbaru, Aqish kini sedang sibuk menghasilkan buku puisi versi Bahasa Melayu pula.

Dia meminta agar orang ramai mendoakan agar usaha ini membuahkan hasil dan dipermudahkan segala urusan.

SEWA RUMAH PANGSA, BANTU GELANDANGAN SEBAGAI BALAS JASA PEMINAT

Untuk memastikan kelangsungan hidup sepanjang PKP, Ashikin dan Aqish mengamalkan sikap berjimat cermat pada tahap optimum. Yang membanggakan, hasil jualan buku puisi membolehkan mereka menyewa sebuah rumah pangsa bertujuan menempatkan 6 orang gelandangan.

Ashikin memberitahu kesemua enam gelandangan tersebut adalah daripada mereka kenal sebelum ini. Mereka hilang tempat untuk berlindung dan dengan cara menyewa rumah pangsa ini sahaja lah jalan untuk balas jasa peminat.

Hanya orang pernah melalui hidup susah sahaja mampu menghargai antara satu sama lain. Sedangkan Aqish dan ibunya masih dalam tempoh memulihkan ekonomi keluarga namun masih sempat membantu mereka yang memerlukan.

Pujian harus diberikan kepada usaha baik mereka. Semoga kisah ini membuka mata orang ramai dalam menemui kebaikan berkongsi rezeki sesama manusia.

Kongsi artikel ini: