Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih anda ingat dengan pelakon veteran seorang ini? Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz, yang mana pernah membuatkan ramai penonton merindui watak ratu air mata. Sejak akhir-akhir ini wajahnya semakin suram di kaca televisyen.
Bakat dalam lakonan pelakon ini tidak dapat dinafikan. Wan Maimunah sering sahaja membiarkan penonton terikut sekali mengalir air mata dengan lakonan yang dibawa. Boleh dikatakan, bagi sahaja apa watak, dia boleh mainkan dengan sempurna.
Wan Maimunah yang dilahirkan pada 24 Jun 1957 di Tebrau, Johor. Sejak bakatnya mula dicungkil pada tahun 1972, dia telah berjaya memenangi Artis Komedi Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 5 tahun berturut-turut.
AIR MATA WAN MAIMUNH TUMPAH, TAK TAHAN RASA SEBAK
Kali ini air mata Wan Maimunah tumpah sekali lagi. Bukan atas dasar lakonan tetapi terlalu terharu kerana menerima sumbangan dari Ustaz Sheikh Mohammad. Umum sudah pun maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai artis terkesan dan hilang punca pendapatan.
Wan Maimunah adalah salah seorang daripadanya. Menyampaikan berita ini, Presiden Persatuan Wartawan dan penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memuat naik video sumbangan berkenaan menerusi Instagram.
BERGERAK SEORANG DIRI, TURUT BANTU KRU BELAKANG TABIR
Menurut Tengku Khalidah, Ustaz Sheikh Mohammad sering sahaja bergerak ke hulu dan ke hilir seorang diri membantu mereka yang memerlukan. Dia pergi beli barang sendiri, dan menghantarnya sendiri ke beberapa rumah yang terpilih.
Difahamkan bukan sekadar artis sahaja yang Ustaz Sheikh Mohammad bantu, malah kru belakang tabir juga turut menerima sumbangan ini.
Waktu ini bukan lah masanya untuk kita bandingkan siapa miskin atau siapa kaya. Ianya masa paling sesuai untuk kita mengejar amalan. Berkongsi rezeki sesama insan antara yang dituntut dalam agama.
Lihat sahaja sejak PKP beroperasi, berapa banyak keluarga yang terkesan dengan masalah ekonomi dan masih hidup dalam kelaparan. Semoga ujian ini tidak lama dan bakal berakhir dalam masa yang terdekat.