Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Cukup Rehat, Kalau Boleh Taknak Marah! Mamat Sepah Kongsi Cerita Penat Lelah Isteri Sebagai Polis

Pelakon dan ahli kumpulan Sepah, iaitu Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati pada 1 Mac yang lalu. Mereka selamat diijabkabulkan di Kulai, Johor.

Difahamkan isteri Mamat yang selesa disapa Nana adalah berasal dari Lahad Datu, Sabah. Nana bukan lah calang-calang orangnya kerana dia bekerja sebagai seorang anggota polis.

Mereka berdua terpaksa membatalkan majlis kahwin ini sebanyak tiga kali sejak mengikat tali pertunangan pada 2018.

Hal ini berikutan komitmen kerja Mamat yang juga terlibat dalam Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 lepas.

ISTERI MAMAT SEPAH LUAH RASA PENAT, SIKAP DEGIL MASYARAKAT

Dalam perkembangan terbaru pasangan sama cantik sama padan ini, Mamat mengakui isterinya, Nana tidak terlepas dari bertugas serta berkawal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nana yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam turut dibekukan cuti sehingga lah wabak Covid-19 ini benar-benar pulih seperti sedia kala.

Dalam berkongsikan perjalanan komitmen Nana, Mamat sangat bersimpati dengan kerja keras barisan hadapan. Nana yang cukup penat bertugas sehingga kan balik kerja terus terlelap di depan televisyen.

Kongsi Mamat lagi, sepanjang PKP ini dia adalah pendengar setia kepada isteri. Nana memberitahu pelbagai ragam masyarakat kita yang degil dengan arahan untuk berada di rumah. Pihak polis pun seboleh-bolehnya tidak mahu meninggi suara atau marah. Tetapi keadaan yang memaksa.

RUTIN DAH BERUBAH, MAMAT JADI PEMANDU PERIBADI

Rutin harian Mamat juga turut terkesan. Tambahnya dia kini menjadi pemandu peribadi isteri untuk pergi dan balik kerja memandangkan keadaan Nana yang terlampau penat.

Sehingga hari ini Mamat dan juga Nana tidak sempat untuk berbulan madu. Apa kan daya, Covid-19 punya pasal terpaksa lah tangguh dahulu sementara. Kemungkinan mereka juga tak dapat beraya di kampung halaman dan kekal berada di Shah Alam sahaja.

Hanya pasangan yang kerja di barisan hadapan sahaja lah yang tahu erti penat lelah selama tempoh PKP ini.

Jadi, kita sebagai masyarakat perlu bertanggungjawab agar meringankan tugas mereka ini dengan menikmati tempoh cuti kuarantin yang diberikan dengan kekal berada di rumah dan melakukan aktiviti sihat senantiasa.

Kongsi artikel ini: