Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Isteri merupakan satu amanah besar yang dipertanggungjawab untuk sang suami menjaganya. Segala amalan dan didikan perlu diberi agar mereka tidak lalai menjadi tulang rusuk suami.
Namun, lelaki harus tahu bahawa isteri juga meletakkan risiko dalam suatu perkahwinan. Ramai suami terlepas pandang soal sakit jerih isteri terutama melibatkan proses bersalin.
Mereka beranggapan ianya perkara biasa namun hakikatnya dalam Islam telah memberitahu, isteri yang meniggal dalam keadaan bersalin diakui sebagai syahid.
ISTERI PERGI SELEPAS BERSALIN ANAK KEMBAR
Betapa tingginya martabat proses bersalin ini. Dikhabarkan seorang wanita yang telah selamat bersalin anak kembar pada 31 Mac yang lalu akhirnya dijemput Illahi pagi tadi. Allahyarhamah dikatakan tidak sedarkan diri sejak awal dia bersalin.
Berita duka ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Asma Salsabila. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selepas 14 hari koma.
Allahyarhamah dikenali sebagai Nasuha Shafie selamat melahirkan bayi kembar perempuan dan sempurna kedua-duanya. Namun Asma tidak menjelaskan secara terperinci punca kepada pemergian Allahyarhamah.
SAYANG, BIE RINDU SAYANG!- SUAMI
Melihat kepada status yang dimuat naik suami, dikenali sebagai Mie, dia meluahkan rasa rindu terhadap isteri. Dia sempat edit satu video khas yang mengumpulkan detik-detik indah selama mereka bersama.
Begitu besar pengorbanan yang perlu dilalui oleh seorang wanita bergelar isteri. Lebih-lebih lagi melibatkan proses bersalin yang berkemungkinan berdepan bermacam komplikasi.
Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata mereka mengucapkan salam takziah dan turut bersimpati nasib yang menimpa Mie. Allah lebih tahu rahsia kebaikan dengan segala apa yang terjadi.
Penulis doakan agar Mie terus kuat dalam memikul amanah membesarkan anak-anak mereka. Semoga terus kuat berdepan dengan ujian ini dan sama-sama lah kita titipkan doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.