Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

“Miskin Budak-Budak Ni, Selipar Pun Takda”. Komen Ning Baizura Jadi Perhatian, Undang Rasa Geram Netizen

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah pun memasuki fasa ke-3. 28 April dipilih sebagai tarikh baru untuk penamat operasi ini jika rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan dan tiada kluster baru dikesan dalam tempoh tersebut.

Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk patuh dengan arahan ini dan memastikan anak-anak turut sama bermain di rumah. Mungkin tempoh PKP suatu hal yang menjanggalkan.

Dahulunya kita bebas untuk bergerak dan kini tidak lagi. Beberapa hari lepas, hangat diperkatakan di media sosial apabila beberapa anggota polis menahan sekumpulan kanak-kanak yang leka berada di tepi jalan.

SEKUMPULAN KANAK-KANAK KENA TAHAN DENGAN POLIS

Menarik perhatian adalah cara anggota polis berkenaan yang mengajar mereka tentang bahayanya berada di luar dalam tempoh PKP. Awalnya nampak kasihan melihat anak-anak kecil menangis agar dilepaskan.

Pada akhirnya anggota polis tersebut membeli kesemua kentang goreng yang dijual oleh salah seorang daripada kanak-kanak ini.

Video tersebut telah mendapat bermacam-macam reaksi dari netizen. Tidak melepaskan peluang adalah beberapa orang artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nadia Brian dan Ning Baizura.

MISKIN BUDAK-BUDAK NI SELIPAR PUN TAKDA-NING BAIZURA

Walau bagaimanapun warganet kurang selesa dengan komen yang ditinggalkan oleh Ning Baizura yang membuat emoji tertawa. Mereka menyifatkan komen daripada Ning ini telah merendahkan diri bagi golongan yang tidak bernasib baik.

Akui mereka, ramai sahaja di ceruk kampung yang berkeadaan sebegini dan sudah jadi kebiasaan bagi yang tidak berkemampuan.

Rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa penyanyi berkenaan tidak sepatut memberikan komen sedemikian rupa. Jangan disebabkan kejayaan sekarang sehingga langsung tidak menghormati keadaan orang lain.

MOGA LEBIH BERHATI-HATI SEBELUM TINGGALKAN KOMEN

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan yang menanggungnya. Namun dengan keadaan rungsing wabak Covid-19, kita jangan terlalu cepat menghukum dan melihat kesilapan orang lain.

Mungkin penyanyi berkenaan tidak bermaksud untuk menyatakan seperti orang ramai fikirkan. Apa pun semoga mereka lebih berhati-hati untuk meninggalkan komen. Peminat dewasa kini lebih kerap nampak kekurangan berbanding kelebihan.

Kongsi artikel ini: