Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan Harap Dapatkan Kesetiaan Dr Orang Tak Setia! Bonda Rozita Beri Gambaran, Perli Menantu Kesayangan

Hubungan rumah tangga usahawan selebriti Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida dilihat semakin goyah. Setiap hari kisah mereka hangat diperkatakan umum. Dikhabarkan mereka berdua sudah pun tinggal berasingan apabila Aliff Syukri dilihat berada di kediamannya di Pavillion.

BONDA ROZITA BERI BAYANGAN

Manakala Datin Shahida masih berada di rumah agam mereka. Yang menguatkan lagi dakwaan ini adalah ibu Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita. Dia dikhabarkan tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantu kesayangannya itu.

Segala status yang dimuat naik Bonda Rozita juga seolah-olah ingin ditujukan buat anak menantunya. Yang terbaru dia berkongsikan tentang mahalnya erti setia.

“Jgn berharap utk mendapatkn kesetiaan dr org yg x setia.. kerana setia itu x mudah dilakukn. Setia itu mahal..! Jd jgn pernah berharap utk mendapatkn kesetiaan tu dr orang yg x boleh menjaga dirinya.”

“Kerana setia itu bukan mudah..! perlukn komitmen yg kuat supaya menjadi orang yg setia.. apalagi byk godaan yg datang. Kerana kesetiaan itu tersangat lah mahal..!”

SETIA ADALAH PILIHAN

“Kesetiaan adalah rasa patuh bg setiap orang yg berpegang teguh pd komitmen sebuah perhubungan..setia mmg menjadi kata yg mudah utk diucapkn..namun x mudah utk menepatinya. Setia adalah pilihan..!”
“Jika ditanya bonda..adakah paras rupa..kekayaan dunia menjadi ukuran sbg pasangan hidup..??? Sy akn jawab..”setia lah pilihan utama sy..” Tulis panjang Bonda Rozita.
NETIZEN MENGANDAIKAN STATUS DITUJUKAN BUAT MENANTU

Memberi reaksi kepada perkongsian ini, netizen mengandaikan ianya ditujukan buat Datin Shahida. Jika benar maka ianya boleh mengusutkan lagi keadaan. Mereka juga mengingatkan Bonda individu yang tidak setia adalah anaknya sendiri.

Dalam pada itu, Shahida ada memberi kenyataan bahawa dia langsung tidak mengetahui tindakan Bonda Rozita yang tidak mengikutinya di Instagram. Jelasnya, itu bukan jadi keutamaan buat masa sekarang. Yang penting adalah keadaan dan kebajikan anak-anak.

Kesimpulannya, sama-sama kita doakan pasangan ini menemui kebahagiaan yang mereka cari. Tiada manusia yang berkahwin untuk minta berakhir dengan perpisahan. Semoga ikatan kembali terjalin demi masa depan anak-anak.

Kredit: Yoy Network

Kongsi artikel ini: