Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mungkin sebelum ini ramai yang melabel artis sebagai pentingkan diri sendiri. Mereka sanggup pertikai keputusan kerajaan dan memohon bantuan khusus diberikan kepada mereka walhal masih ramai rakyat yang kebulur dan hilang punca pendapatan.
Harus diingatkan tak semua berfikiran sedemikian. Semakin hari semakin ramai selebriti mula sedar tentang peranan mereka dalam membantu masyarakat sekitar dan tampil menghulurkan sumbangan.
BELLA DALLY TAWAR KHIDMAT NYAH KUMAN SECARA PERCUMA
Enggan melepaskan peluang, Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally telah berbesar hati untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat dengan menjalankan sanitasi atau pun nyahkuman di surau dan masjid sekitar ibu kota.
Ianya adalah keputusan yang dibuat bersama suami, Arif Izuddin Mohd Radzali. Tambah Bella, dia meminta agar mana-mana pihak yang memerlukan khidmat ini atau mengenali mana-mana AJK surau, boleh lah berkongsi nombor telefon dan memaklumkan kepadanya.
SEGALA KOS DITANGGUNG OLEH BELLA DAN SUAMI
Menurut Bella, dia juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai misi bantuan ini. Segala kos peralatan dan juga bahan kimia akan ditanggung oleh mereka berdua.
CANTIK LUAR DALAM
Memberi reaksi kepada keputusan Bella dan suami, pengikutnya sangat memuji sumbangan yang mungkin ramai yang tak nampak. Mereka juga menyifatkan bahawa Bella bukan sekadar memiliki paras rupa yang cantik, bahkan hati yang baik.
Semoga usaha baik Bella dan suami dipermudahkan dan menjadi contoh kepada mereka yang berkemampuan. Di saat ini lah kita perlu beganding bahu dalam memberikan khidmat kepada masyarakat.