Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam berhadapan wabak Covid-19, perkara yang sering membelungu barisan hadapan (frontliners) adalah penutup muka, sarung tangan dan juga pakaian perlindungan diri (PPE).
Umum perlu sedar bahawa keperluan ini sangat tinggi memandangkan ianya pakai buang dan tidak boleh digunakan kembali. PPE yang tercemar berkemungkinan mempunyai virus dan berisiko tinggi untuk dijangkiti.
Jadi, bagi meringankan beban masalah yang dihadapi oleh barisan hadapan ini pereka fesyen seperti Jovian Mandagie tampil memberi sumbangan dalam menyediakan PPE khas bagi kegunaan pihak hospital.
Namun, niat baiknya itu disalah erti oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab. Dia didakwa sengaja meraih publisti dan juga guna dana sumbangan bagi kepentingan diri sendiri dengan mengambil upah.
Jelas dakwaan ini sangat mengecewakan pereka fesyen ini. Tegas Jovian, dia menubuhkan dana sumbangan bagi meneruskan kerja sumbangan PPE kepada barisan hadapan.
Bila timbul isu ini, dia bertindak untuk akan memulangkan kembali wang sumbangan kepada penderma jika kerja amalnya meragukan.
Melihat kepada reaksi orang ramai, mereka meminta Jovian menerusikan misi baiknya itu dengan mengetepikan tanggapan negatif sesetengah pihak. Tidak perlu berasa takut jika kita berada di landasan yang betul.
Di saat negara berdepan masalah, seharusnya kita terus menyokong pihak-pihak yang sedang berusaha membantu barisan hadapan. Bukan hanya tahu menunding jari dan mencari salah dan silap.