Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi rap otai ini, Johan bin Ishak atau panggilan komersilnya Joe Flizzow.
Pernah menganggotai kumpulan Too Phat yang akhirnya bergerak secara solo pada tahun 2008. Tidak dinafikan banyak karya yang dihasilkan oleh Joe sehingga dia memenangi anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu dan juga Anugerah Industri Muzik.
Bukan sekadar bijak menghasilkan bait-bait lagu yang membawa maksud mendalam, Joe juga bijak menggunakan peluang dalam menjadi usahawan yang berjaya. Antara perniagaan yang diusahakan sehingga kekal hari ini adalah kedai gunting rambut yang diberi jolokan Joe’s Barbershop.
KERAJAAN BENARKAN KEDAI GUNTING UNTUK BEROPERASI
Kedai gunting ini telah dibuka sejak tahun 2014 lagi. Selama hampir 6 tahun beroperasi, dia memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang, Langkawi dan beberapa lagi tempat yang lain.
Dalam perkembangan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan, pihak kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah pun membenarkan beberapa sektor untuk beroperasi.
Perkhidmatan gunting rambut antara salah satu darinya dibenarkan beroperasi secara berperingkat ketika fasa ketiga PKP berlangsung.
JOE TETAP PENDIRIAN UNTUK TUTUP SEMUA OUTLET BARBERSHOP MILIKNYA
Peka dengan keadaan semasa, Joe telah memilih untuk tetap menutup semua perjalanan kedai gunting rambut miliknya. Ianya dimaklumkan sendiri penyanyi rap berkenaan menerusi Insta Story pada beberapa jam yang lalu.
Jelasnya, tindakan tersebut adalah demi keselamatan pekerja dan juga pelanggan kerana risiko berdepan dengan wabak Covid-19 sangat tinggi.
Semoga dengan usaha baik Joe ini turut diikuti oleh usahawan kedai gunting yang lain memandangkan rantaian wabak ini masih lagi diparas berjaga-jaga. Umum faham tentang mata pencarian mula tersepit.
Tetapi keselamatan dan juga kesihatan perlu diutamakan sehingga lah keadaan benar-benar reda untuk beroperasi.