Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

“Bagus” Public Figure Kena Koronavirus! Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Salah Guna Bahasa Ketika Melodi

Peminat sudah pun sedia maklum bahawa Puteri Aishah salah seorang selebriti yang dijangkiti oleh Covid-19 sekali gus mengejutkan ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam Tak Dijangka! Pelakon Puteri Aishah Pula Positif Covid-19. Ikuti Pendedahan Pengurus Peribadinya

JANNA NICK TERSALAH CAKAP, BAGUS PUBLIC FIGURE KENA KORONAVIRUS

Mengulas tentang keadaan yang dilalui oleh Puteri Aishah, Janna Nick telah terkeluar suatu kenyataan yang telah menyebabkan ramai netizen berasa kurang senang. Kejadian berlaku ketika dia dan Awal Ashaari mengacarakan program Melodi pada tengah hari tadi.

Sedar dengan kekilafan tersebut, Janna tampil memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan sebenar yang harus dia gunakan. Dia turut mengakui bahawa perkataan “bagus” tidak sesuai dengan perkara yang sepatutnya disampaikan.

Niat Janna adalah untuk menyampaikan orang ramai akan lebih sedar jika Covid-19 berlaku dalam kalangan selebriti. Ianya mampu mengubah persepsi orang ramai tentang wabak berkenaan.

JANNA MOHON MAAF, ORANG BARU DALAM PENGACARAAN

Di akhir program tersebut, Janna rendah diri memohon maaf kepada penonton di atas kekilafan penggunaan perkataan yang tidak sesuai dalam menggambarkan keadaan Puteri Aishah.

“Minta maaf. Saya orang baru dalam bidang pengacaraan! Ayat yang patut diubah adalah perkataan “bagus” itu.”
“Sepatutnya digantikan “sekurang-kurangnya” apabila ada public figure terkena Covid-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan create awareness tentang virus ini.”
“Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan.” Akui Janna.

MEMAKSUDKAN PUBLIC FIGURE MAMPU BERI KESEDARAN

Melihat kepada reaksi Awal mulanya dia turut terkejut. Bila mendengar penjelasan Janna dia akui faham maksud sebenar pelakon cantik tersebut.

Bila selebriti atau public figure hadapi situasi ini, kesedaran akan lebih mudah menguasai orang ramai.

Biasa lah, tersasul perkara yang tak boleh dielak. Artis juga manusia yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Yang penting tetap belajar dari pengalaman dan perbaiki di masa depan.

Pujian harus diberikan kepada Janna yang mengakui kesilapan dan terus perbetulkan supaya penonton tidak salah faham dengan kenyataan tersebut.

TONTON MELODI VERSI PENUH:

 

Kongsi artikel ini: