Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semangat dan hati yang ikhlas melampaui segalanya. Itu lah yang dilalui pasangan merpati dua sejoli ini, Ardell Aryana dan juga Nadzmi Adhwa. Dikhabarkan kandungan Ardell sudahpun memasuki usia lapan bulan.
TERUS JALANKAN MISI BANTUAN BIARPUN DALAM KEADAAN SARAT
Hanya tingga beberapa minggu sahaja lagi untuk mereka berdua bergelar ibu bapa. Biarpun dalam keadaan sarat, Ardell tetap kuat menjalankan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan, sudah pasti kehidupan menjadi lebih suntuk.
Selepas sahaja membuat pemeriksaan kesihatan isteri di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Seri Kembangan, mereka terus menyambung hantar bantuan kepada individu terpilih.
CUKUP BEKALAN DAPUR KEPADA ASNAF
Difahamkan golongan asnaf ini adalah hasil maklumkan netizen kepada mereka berdua. Jadi apa yang mereka mampu sumbangkan buat masa sekarang bagi meringankan beban adalah keperluan dapur seperti beras, minyak masak, sardin, kicap, bihun dan banyak lagi.
Untuk keluarga yang memiliki anak kecil pula, barang tambahan seperti susu dan lampin pakai buang turut dihulurkan.
Melihat kepada reaksi pengikut instagramnya, ramai yang kagum dengan usaha murni pasangan ini. Biar pun mereka tidak lah berpengaruh seperti artis-artis yang lain namun mereka masih mampu untuk beri bantuan.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar urusan bersalin Ardell akan dipermudahkan dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah kelak.
Keseluruhannya kita sebagai manusia perlu faham tentang rezeki. Dalam setiap yang kita miliki, terselitnya juga rezeki untuk orang lain. Semoga kisah ini menjadi asbab kepada yang lain untuk turut serta bersedekah dan melakukan amal.