Pencetus Ummah (PU) Abu mula berasa lelah dengan kemelut yang melanda dirinya. Isu yang terjadi dalam kehidupan sering sahaja menjadi bualan dan mendapat tanggapan negatif orang ramai.
Sejak beberapa hari ni, timbul pula kisah yang dia sedang berjoget TikTok, rata-rata netizen menyifatkan tindakannya itu tidak sesuai dengan status Pencetus Ummah yang dipegangnya.
Dalam meluahkan rasa kesal dengan rentetan kisah yang berlaku selama ini, PU Abu ada mencoretnya di laman Instagram beberapa jam yang lepas.
PU ABU PENAT ISU MELANDA DIRI
“Hampir setahun isu aku berkaitan rumah tangga ni berlalu,tapi dalam setahun isu demi isu timbul berkait dengan aku. Satu je word yang aku boleh cakap PENAT. Aku penat nak berhadapan dengan benda-benda bulan yang negatif berkait dengan diri aku.”
“Bila aku jadi bualan tahun lepas honestly aku kecewa dengan diri aku sebab aku dah calarkan maruah keluarga aku especially ayah aku yang aku boleh consider orang yang dikenali di kawasan aku tinggal.”
“Kalau aku ni jenis sebatang kera takpe juga. Tapi kecewa sebab masih ada family so anything happen mereka akan terpalit. Aku sajalah nak sebut supaya korang semua faham, aku bukan seorang ustaz.”
AKUI TAK LAYAK UNTUK PEGANG STATUS USTAZ
“Aku tak layak diangkat sebagai role model untuk masyarakat. Title PU tu pun kebetulan, aku masuk satu pertandingan anjuran astro then aku dapat tu pun terkeluar waktu semifinal. Kalau korang masuk pun ada rezeki korang boleh dapat title tu.”
“Aku akui tindakan aku telah memberi tanggapan negatif pada kawan-kawan aku yang lain sebab tu aku tak suka dan tak nak dipanggil ‘ustaz abu’ atau ‘pu abu’. Lepas aku jadi bualan, bila attend mana-mana program orang tanya aku ni pu abu ke?”
“Aku jawab tak pelanduk dua serupa. Sebab apa? Sebab aku sendiri pun malu dengan diri sendiri. Aku share dekat orang ilmu aku yang sikit ni dengan harapan benda tu boleh bantu kat akhirat nanti. Itu je, tak lebih untuk orang panggil aku ustaz.”
RASA TAK ADIL PERMOHONAN MAAF TAK DITERIMA
“Aku kadang-kadang terfikir kenapa manusia ni suka double standard menilai manusia yang lain, ada orang tu mohon maaf selepas hina rakyat kelantan terima sebagai permohonan maaf. Aku buat salah then mohon maaf dikatakan playvictim.”
“Tak adilnya. Aku ni jenis tak pandai nak create isu untuk dapatkan followers. Sebab tu aku selalu sebut dalam live followers yang aku ada ni pun hasil dari perbuatan aku yg tak baik. Tapi dah ada kan?”
“So aku gunalah dengan sebaiknya untuk cuba bagi sekecil-kecil manfaat. Aku harap masyarakat boleh bagi aku ruang untuk buat benda baik. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.”
MEDIA SOSIAL BUKAN TEMPAT CERITA RUMAH TANGGA, DM UNTUK TAHU DETAIL
“Bab rumah tangga kalau nak tahu lebih lanjut dm jelah ye? Kalau aku sempat aku balas ye? Stand aku sama media social bukan tempat yang sesuai untuk cerita perihal rumah tangga aku sebab lebih banyak negatif dari positifnya. Apa pun aku mohon maaf sekali lagi pada seluruh rakyat Malaysia diatas apa yang aku buat selama ni ye.” Kongsi panjang PU Abu.
Secara keseluruhannya, manusia tidak dapat lari kesilapan. Sejak zaman Nabi Adam lagi manusia terkenal dengan sikap lalai. Cuma apa yang kita ada lagi pintu taubat dan belajar dari kesilapan.
Semoga dengan usaha penjelasan PU Abu ini dapat menjawab segala persoalan dari netizen berkaitan kemelut pendakwah bebas ini.