Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Man Raja Lawak Salur Dana Kpd Yg Memerlukan! Jumlah Diberikan Tak Masuk Akal, Ini Pendedahan Zarina Anjoulie

Nama selebriti ini dah umpama wonder woman. Mana tidaknya, dalam artis lain sibuk membicarakan soal bantuan khusus untuk golongan mereka, lain pula yang dia lakukan.

Dia telah membuka mata ramai pihak tentang kebajikan golongan asnaf dan lebih memerlukan menjadi keutamaan sekarang di mana mata pencarian mereka sudah pun lumpuh.

ZARINA ANJOULIE NAMPAK LEBIH MATANG

Zarina Anjoulie tampil berbeza dengan perwatakan dahulunya yang lebih kepada duniawi dan kini tidak lagi. Pepatah mat saleh ada mengatakan “don’t judge a book by its cover” dan sangat sesuai untuk artis yang penuh kontrovesi ini terdahulu.

Sebelum ini, Anju dan buah hatinya sahaja yang buat kerja amal, sehingga guna duit poket sendiri membantu ibu tunggal dan ramai lagi yang lain. Sejak namanya kembali hangat, tampil beberapa rakan artis lain yang turut serta memberi sumbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Kisah Pun Soal Bantuan Khusus! Fazura Satu2nya Tampil Jalankan “Misi Khas” Dengan Zarina Anjoulie

Sebelum ini Fazura telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Anju untuk membantu sekurang-kurangnya 10 buah keluarga, lengkap dengan keperluan makanan dan juga barangan bayi.

MAN BANTU SUMBANG DANA, ANGKA TAK MASUK AKAL

Dalam perkongsian baru Anju, dikhabarkan Man Raja Lawak telah turut sama memberi dana kepada Anju untuk meneruskan kerja amal. Seperti umum mengetahui, Man antara pelawak yang sangat merendah diri dan prihatin dengan golongan yang tidak bernasib baik, terutama rakan artis.

Tambah Anju lagi, jumlah yang diberikan oleh Man suatu angka yang sangat besar namun tidak didedahkan secara terus. Angka tersebut dikatakan mampu untuk tolong 40 buah keluarga. Satu usaha baik yang dibuat dalam diam-diam tanpa dihebohkan kepada umum.

“Salam sayang semua. Abang Man Raja Lawak donate untuk team kita tadi. Terbeliak mata aku nampak amount dia kasi, mampu tolong 40 family. InsyAllah boleh tak minta bantuan korang untuk ramai-ramai cakap thank you untuk dia.” Tulis Anju beberapa jam yang lepas.

NETIZEN PUJI MAN, SEMOGA MURAH REZEKI

Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata memuji tindakan murni Man ini. Tak ramai yang bertindak, yang ada hanya lah sekadar tahu minta bantuan.

Mereka juga mendoakan agar usaha murni Man ini diberi ganjaran kelak dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Kesimpulannya, kita ada rezeki lebih tak salah untuk berkongsi malah ianya dituntut. Jangan takut untuk malu untuk miskin dunia jika ia mampu memberi kekayaan di akhrat. Tahniah Man!

Kongsi artikel ini: