Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi Perut Anak Bini, Warga Emas Jual Sayur Tepi Jalan Tengah Panas! Tiada Langsung Pembeli Undang Sebak

Seorang lelaki bergelar suami memang layak untuk jadi ketua keluarga. Segala masalah keluarga sudah menjadi tanggungan mereka. Dari keperluan anak sehingga lah pakai minum isteri perlu difikirkan.

WARGA EMAS JUAL SAYUR DI TEPI JALAN, DI BAWAH TERIK MATAHARI

Apa tah lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang mana rata-rata masyarakat kita mula hilang punca pendapatan. Tak keluar rumah, anak isteri kelaparan kalau keluar rumah pula boleh jadi kesalahan lingkup di sebalik tirai besi.

Demi tanggungjawab, warga emas ini terpaksa juga mengerah kudrat untuk menjual berbagai-bagai jenis sayuran di tepi jalan. Kisah ini berlaku di Kampung Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kisah warga emas ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Aina. Dia meminta rakan-rakan yang berada di kawasan berhampiran untuk meringankan beban pakcik ini.

TIADA SEORANG PELANGGAN YANG MEMBELI

Difahamkan dia yang berniaga di bawah panas matahari tanpa menggunakan khemah telah mencetuskan rasa sebak yang melihatnya. Yang lebih mengecewakan adalah apabila tiada seorang pun yang singgah untuk membeli jualannya.

Menurut Aina, sebelum ini pakcik berkenaan yang tinggal di Penanti selalu berniaga di pasar Penanti dan juga pasar malam. Tapi bila keadaan diduga dengan wabak Covid-19, dia terpaksa berhenti untuk berniaga buat seketika sehingga lah keadaan kembali reda.

“Assalammualaikum sahabat-sahabat semua. Minta Tolong sahabat-sahabat yang tinggal di area tasek gelugor, lahar yooi yang mana berdekatan dengan jarak tolong laa beli sayur-sayur kat Pakcik nie.”
“Kesianyaa tenga-tengah panas jual sayur takdak sapa pun beli kat dia. Takmau beli sayur pun sedekah laaa sikit. Harini kita tolong orangg esok lusa orang Tolong kita. Berhadapan kedai aceh jarak.”

“Katanya tinggal di penanti dan selalunya berniaga di Market penanti dan pasar malam tapi dah pkp nie dia takbley berniaga. Mohon share yaa sahabat-sahabat.” Kongsi Aina beberapa jam yang lalu.

INSAN BAIK HATI BORONG SEMUA SAYUR

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan jualan sayur warga emas berkenaan telah pun habis diborong oleh individu yang tidak dikenali.

“Update terkini: Sayur-sayur dah hbis di borong oleh Insan yang baik hati. Insyallah esok ada lagi kot. Sebab hari-hari dia berniaga di situ. Terima kasih pada yang menolong Pakcik nie. Hanya Allah saja yang dapat membalas. Terima kasih yang mendoakan Pakcik nie.”

Bukan mudah untuk kita menjana pendapatan dalam keadaan yang serba terhad. Semoga keadaan Covid-19 tidak berlarutan dan kembali reda seperti sedia kala.

Kongsi artikel ini: