Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
TikTok merupakan satu aplikasi video yang mana penggunanya boleh mengubah video dengan aksi-aksi kreatif dan disertai dengan muzik latar yang disukai. Boleh dikatakan aplikasi ini mula mendapat tempat masyarakat kita sejak Perintah Kawalan Pergerakan.
Bukan sekadar masyarakat sahaja yang ketagih, bahkan ramai artis telah menggunakan platform TikTok ini dalam menghiburkan peminat mereka. Ada yang sampai terbawa-bawa ke dalam tidur seperti Aeril Zafrel.
PU ABU MAIN TIKTOK
Tidak terkecuali, pendakwah selebriti yang penuh sensasi iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan turut mencipta akaun TikTok. Dan terbaru dia telah memuat naik satu video yang sedang menari bersama ahli keluarganya ke laman Instagram.
Secara tidak langsung ianya telah mengundang cakap-cakap netizen yang tidak selesa dengan aksi sedemikian. Mereka berpandangan tidak sesuai bagi seorang pendakwah untuk menari dan memperagakan kepada umum.
Tak kurang hebatnya, ada di antara pengguna Instagram menjadikan peluang ini untuk “basuh” PU Abu perihal krisis rumah tangga bersama bekas isteri kedua, Hana Azraa.
HANYA UNTUK SUKA-SUKA, SAHUT CABARAN MENTERI
Jelas PU Abu, dia memuat naik video berkenaan hanya lah untuk menyahut saranan daripada Menteri Pengajian Tinggi selain daripada untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
DOA AGAR SEMPAT BERTAUBAT
Setelah orang ramai melibatkan isu perkahwinannya dengan Hana, PU Abu tidak mendiamkan diri. Dia dilihat sempat meninggalkan komen ringkas agar orang ramai mendoakan agar dia sempat bertaubat.
Dia juga dilihat menekankan kepada umum bahawa dirinya bukan lah seorang ustaz seperti mana dianggap oleh umum.
Tidak salahnya untuk berhibur dalam Islam. Tetapi biar lah kena dengan cara dan tempatnya.