Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Instafamous ini ada cara yang tersendiri dalam menarik mata peminatnya. Dahulu dia terkenal dengan pelat mat saleh sehingga menjadi buah mulut orang ramai. King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail telah pun beralih arah ke bidang politik kini.
KING COCO MULA MASUK KANCAH POLITIK
Pada bulan Mac yang lalu, King Coco membuat come back dengan caranya tersendiri apabila telah memenangi jawatan sebagai Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak dengan menewaskan dua lagi calon lain dengan 62 undi.
Seiring dengan jawatan yang dipegang dalam kancah politik, dia peka dengan keadaan rakyat semasa dalam berdepan wabak Covid-19.
TETAP TURUN PADANG BIAR PUN BERBADAN DUA
Biarpun dalam keadaan berbadan dua, King Coco tetap kuatkan diri untuk turun padang bertanya khabar masyarakat sekitar Bagan Serai sambil menghulurkan bantuan.
ELAK TUNJUK MUKA PENERIMA BANTUAN BAGI JAGA AIB
Semakin hari, semakin banyak berita positif yang kita dengar. Ramai yang mula tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang terputus bekalan makanan. Ini lah hikmah disebalik wabak yang Allah turunkan.
Untuk kita membuka mata yang mana masih ramai hidup dalam kesempitan dalam memperjuangkan ekonomi keluarga masing-masing.