Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Menumpang Tak Reti Bersyukur! Tentera Terpaksa Pakai Topi Elak Najis, Air Kecing Dibaling Warga Asing

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terpaksa dilakukan dibeberapa daerah dan juga bangunan di sekitar Lembah Klang. Ini berikutan wabak Covid-19 dikesan dan boleh mendatangkan kesan kepada orang lain.

Antara yang direkodkan sebagai Zon Merah adalah penempatan di Masjid India dan Jalan Munshi. Rata-rata ianya didiami oleh warga asing yang bekerja di sekitar ibu kota.

Bangunan yang diisytihar PKPD di ibu kota adalah Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Masjid India. Manakala Menara Plaza City One di Jalan Munshi.

BALING NAJIS DAN AIR KENCING KE ANGGOTA BERTUGAS

Yang menghampakan penulis adalah tindakan serta sikap mereka yang mendiami kediaman tersebut. Difahamkan sebahagian daripada warga asing telah menunjukkan protes dengan melempar najis, plastik berisi air kencing serta barang-barang lain dari tingkat atas.

Ini satu tindakan tidak bermoral kerana mereka perlu faham operasi PKPD ini bukan sengaja untuk menahan mereka dari keluar rumah. Ianya langkah terbaik bagi memutuskan rantaian Covid-19 sedia ada.

PAKAI HELMET UNTUK MELINDUNGI DIRI

Justeru, pihak anggota tentera kita terpaksa menggunakan helmet untuk melindungi diri dari terkena barangan yang dibuang oleh mereka. Menurut anggota yang bertugas, sikap tidak bertanggungjawab ini bermula sejak dari awal PKPD lagi.

Lihat sahaja perbezaan penampilan anggota tentera. Jika di kawasan sekatan jalan raya atau tempat lain, mereka hanya mengenakan beret dan tidak memakai helmet pun. Berbeza di sini mereka memakainya bagi mengelak dari terkena barang yang dibaling.

TAK DAPAT KENAL PASTI DARI UNIT MANA

Amat sukar untuk menahan individu yang melakukan perkara sedemikian kerana tidak dapat dipastikan unit mana ia datang.

Walau bagaimanapun, laporan terbaru menyatakan keadaan sudah pun terkawal memandangkan para petugas membuat tindakan tegas selama menjaga kawasan tersebut. Yang pastinya penduduk di situ mula berasa tenang setelah menerima bantuan makanan setiap hari.

Hingga kini, tiada lagi sebab untuk penduduk bersikap kurang ajar kerana segala bantuan telah pun dihulurkan kepada mereka.

Kongsi artikel ini: