Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Aiman Tino & Fara Hezel Gembira Sambut Adik Bongsu! Ibu Selamat Lahirkan Anak Ke-11 Di Usia 43 Tahun

Mohammad Aiman bin Yusri atau nama komersilnya Aiman Tino dilahirkan pada 27 Jun 1998 di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Dia yang mula mencipta fenomena tersendiri dengan single pertama yang berjudul Ku Rela Dibenci telah berjaya memikat ramai pendengar muzik.

Difahamkan video klip lagu tersebut telah mendapat lebih 21 juta jumlah tontonan di platform Youtube. Yang menariknya lagu itu dihasilkan sendiri oleh ibu bapanya, Yusri Ishak atau nama pena ACK dan Riena.

 

Bukan dia sahaja yang berjaya menembusi pasaran muzik. Tak lama kemudian kakaknya, Fara Hezel turut menceburi nyanyian dengan mengeluarkan single sendiri berjudul Setiaku Pasti.

AIMAN TINO DAN FARA HEZEL TERIMA ADIK BARU

Dalam perkembangan terbaru dua adik beradik selebriti ini, dikhabarkan ibu mereka, Hazelina Mat Jalil atau lebih selesa disapa Riena baru sahaja selamat melahirkan anak kesebelas sebentar tadi.

Riena selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kilogram secara normal di Hospital Selayang. Jelas Riena kelahiran pada kali berjalan lancar cuma keadaan bayi yang lambat sedikit untuk keluar. Dia terpaksa menunggu di bilik bersalin dari jam 11 malam sehingga lah 6 pagi tadi.

 

PENGALAMAN BERBEZA SETIAP KELAHIRAN ANAK

Biar pun sudah melalui 10 kali proses bersalin terdahulu, sudah pasti perasaan gementar tetap ada. Setiap pengalaman anak-anak yang dilahirkan adalah berbeza dan tidak sama ragamnya.

Dia juga sempat berkongsikan nama yang dicadangkan untuk adik bongsu Aiman Tino itu. Buat masa sekarang dia dan suami bersetuju untuk menamakan Nina Deylisya namun ianya belum pasti lagi.

 

ANAK TERAKHIR, DAH TUTUP KILANG

Dalam pada itu, Riena memberiahu bahawa ini adalah anaknya yang terakhir. Doktor telah sarankan dia dan suami agar tutup kilang disebabkan faktor kesihatan semasa. Namun tidak dijelaskan secara terperinci masalah yang dihadapi.

Dia akan dibawa balik ke rumah dan hanya berpantang di Kuala Kubu Bharu. Apa pun tahniah penulis ucapkan kepada Aiman Tino dan sekeluarga dalam menerima ahli baru. Semoga dengan kehadiran Nina menambahkan lagi rezeki mereka sekeluarga.

Kongsi artikel ini: