Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Berkisarkan mengenai Covid-19. Tiada mana-mana individu pun dalam dunia ini yang minta untuk dijangkiti oleh wabak tersebut.
Tanpa mengenal pangkat dan darjat, ia boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja. Seperti mana penulis kongsikan beberapa hari lepas mengenai seorang artis cantik Malaysia, Puteri Aishah yang dikhabarkan telah positif Covid-19.
PILIH TURKISH AIRLINES UNTUK JAMIN KESELAMATAN DARI COVID-19
Dikatakan dia dan beberapa lagi produksi drama tempatan dijangkiti wabak tersebut setelah pulang dari luar negara. Yang menjadi perhatian netizen kini adalah kenyataan Puteri Aishah mengenai syarikat penerbangan yang dipilihnya bagi mengelak terkena Covid-19.
Status tersebut dimuat naik beberapa minggu yang lalu sewaktu perjalanan ke Scotland. Dia memilih Turkish Airlines kerana mempercayai tahap kebersihan pesawat tersebut berbanding yang lain dan percaya selamat dengannya.
Siapa sangka, sebaik mana perancangan kita, Allah lebih mengetahui. Di saat kita perlu berjaga-jaga, jalan terbaik adalah duduk di rumah tanpa terbang ke mana-mana negara dalam tempoh pandemik ini.
COVID-19 BUTA, TAK KENAL MANA-MANA SYARIKAT PENERBANGAN DIK
Status lamanya itu menjadi bualan hangat warganet gara-gara kenyataan yang cukup menyakinkan itu walhal langsung tak masuk akal. Umum mengetahui yang Covid-19 tidak pilih bulu dan risiko ada di mana-mana termasuk lah jenis pesawat sekali pun.
Mereka tidak menyangka bagaimana pelakon berkenaan boleh bertindak memuat naik status sedemikian rupa tanpa fikir terlebih dahulu kesannya kelak.
Ada pula yang positif mengandaikan syarikat penerbangan berkenaan yang telah menaja mereka jadi sudah pasti tanggungjawab artis untuk jalankan kerja mempromosikan jenama tersebut.
Apa pun, ianya bukan masa sesuai untuk kita berbalah. Lagi pun Puteri Aishah memerlukan sokongan yang positif agar kembali sembuh. Sama-sama kita titipkan doa kebaikan buatnya.