Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bisnes Terkesan Akibat Covid-19! Cara Altimet “Prihatin & Urus” Nasib Pekerja Dapat Pujian Ramai

Kemunculan wabak Covid-19 yang diisytihar sebagai pandemik bukan sahaja menggugat kesihatan penduduk sejagat. Malah ia juga turut terkesan dari segi ekonomi sesebuah negara.

COVID-19 BERI KESAN KEPADA BANYAK SYARIKAT

Bagi menghentikan rangkaian ini, orang ramai dinasihatkan agar patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh yang ditetapkan. Jadi, cuba bayangkan jika ia masih berlarutan sehinggakan ramai tak dapat keluar rumah untuk meneruskan aktiviti kerja.

Sudah pasti ia merencatkan aliran wang keluar masuk sesebuah syarikat atau pun perniagaan yang mengharapkan jualan mereka setiap hari. Ia bukan terjadi kepada peniaga kecil sahaja malah perusahaan besar turut terkesan.

Dikhabarkan beberapa premis perniagaan telah pun tutup kedai akibat tidak mampu untuk menyara kos penyelenggaraan dan terutama gaji pekerja yang sedia ada. Ini lah cabaran ramai penduduk dunia ketika ini.

ALTIMET TETAP BAYAR GAJI PEKERJA

Walau bagaimanapun, penyanyi rap terkenal tanah air iaitu Altimet mengambil pendekatan lain dengan tetap membayar gaji pekerja tetapnya dalam tempoh 3 bulan ke depan. Bermula April hingga Jun, mereka masih menerima gaji tanpa sebarang pemotongan.

Peka dengan situasi semasa, kini Altimet sedang berusaha berbincang dengan pemilik tempat dia berniaga berkenaan bayaran sewa sama ada boleh ditangguhkan atau lain-lain penyelesaian.

Sumber Twitter
“Settle bgtau permanent staff company aku gaji diorang April-June akan jalan mcm Biasa. La ni nak nego dengan tuan sewa tempat niaga pulak macam mana, diskaun ke, moratorium ke, sewa naik ke.” Kongsi Altimet di Twitter beberapa jam yang lalu.

Bagi yang tertanya-tanya, penyanyi lagu Mambang ini sedang mengusahakan satu rangkaian restoran pizza dan mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang.

Salah satu cawangan di Publica

NETIZEN PUJI TINDAKAN BAIK ALTIMET

Melihat kepada reaksi netizen, mereka sangat memuji tindakan baik Altimet, dalam tidak mengetepikan hak pekerjanya biarpun masing-masing berada dalam kemelut ekonomi.

Dalam pada itu, mereka juga memberikan kata-kata positif agar dipermudahkan urusan dalam menyelesaikan soal sewa premis kedai.

Sumber Twitter

Sikap bertanggungjawab macam ini lah yang harus dicontohi oleh ramai majikan mengenai kebajikan pekerja. Selama ini mereka sudah berusaha untuk membangunkan syarikat, dan kini giliran untuk menghargai penat lelah yang dicurahkan.

Kongsi artikel ini: