Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi seribu satu hikmah kepada kita semua. Dahulunya kita mampu keluar bersuka ria, tiada masalah pergerakan dan kini kesemua itu harus dilupakan buat sementara.
Hikmah terbesar penulis lihat sepanjang PKP ini adalah sikap kita sebagai umat Islam sama ada boleh membantu orang lain atau pun tidak. Kian hari, ada sahaja kisah memaparkan keluarga yang semakin hidup susah dan hilang punca pendapatan.
Di sini lah kita boleh lihat di mana golongan kemampuan berada di saat yang lain sedang menahan lapar terputusnya makanan.
PASANGAN TANPA KAKI HANYA MAMPU MEMANDANG SATU SAMA LAIN
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Othman Bon ada berkongsikan kisah sedih mengenai satu pasangan suami isteri dikala berdepan PKP.
Menurut Othman, mereka adalah pasangan orang kelainan upaya (OKU). Akibat terbatas pergerakan mereka kini hanya mampu untuk memandang antara satu sama lain sahaja. Difahamkan isterinya tiada kaki sebelah dan mampu duduk atas kerusi roda.
Manakala si suami kedua kakinya sudah tiada dan hanya mampu meniarap di atas tilam. Tidak dijelaskan secara terperinci punca kepada kehilanggan anggota tubuh badan tersebut. Menurut Othman lagi, mereka ini tinggal di Bukit Naning, Air Hitam, Muar.
RAMAI YANG INGIN SALURKAN BANTUAN
Lihat sahaja gambar perkongsian Othman, sudah pasti dapat merasai pahit jerih mereka yang terutama dari sumber kewangan dan juga bekalan makanan.
Melihat kepada reaksi pengguna Facebook pula, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat pasangan ini yang ternyata hebat diuji. Ada juga yang berminat untuk memberikan sumbangan kepada keluarga ini bagi meringankan beban mereka.
Untuk maklumat lebih lanjut, suka penulis ingatkan untuk berhubung secara terus dengan Othman Bon menerusi Facebook miliknya.
Tidak mampu dari segi kewangan, sekurang-kurangnya kita titipkan lah doa agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan sabar dalam mengharungi liku-liku hidup.