Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lipas merupakan spesis serangga yang suka tinggal di bahagian atau permukaan lembap dan gelap seperti kawasan sinki dan juga celah almari. Jadi tidak hairan lah kalau pakaian selalu rosak gara-gara dimakan oleh lipas.
BETUL KE LELAKI TAKUT DENGAN LIPAS?
Walau pun ia hanya serangga kecil, sebenarnya ia mampu menggugat sikap kejantanan seseorang itu. Lihat sahaja perkongsian di media sosial sebelum ini, ada yang memuat naik video mengenakan rakan lelaki yang takut kepada seekor lipas.
Nah gangster takut lipas jugak ni 🤣 pic.twitter.com/DMbVApWPuC
— QAL (@hqlmzln) April 4, 2020
Apa yang menakutkan mengenai serangga ini? Walhal langsung tidak mengerikan bagi sesetengah pihak. Tentu sahaja kebolehan serangga ini yang terbang ke arah badan manusia secara mengejut membuatkan ramai lelaki macho menggelabah berdepan situasi sebegini.
AHLI KUMPULAN FOOR 88 TAKUT DENGAN LIPAS
Ada artis yang tidak terkecuali, sangat pantang dengan serangga bernama lipas ini. Semalam, perkongsian video Eric Fuzi di laman Instagramnya telah menarik mata ramai peminat yang membuatkan mereka rasa terhibur.
Ini disebabkan dia memaparkan momen atau pun adengan yang mana penyanyi utama Floor 88, Ayie takut bila berdepan dengan lipas. Habis kecoh satu rumah bila Ayie menggelupar diajukan hanya seekor lipas ke arahnya.
PEMINAT SIFATKAN AYIE TAK CUKUP JANTAN
Melihat kepada reaksi peminat mereka, rata-rata terhibur dengan sikap “kejantanan” Ayie yang ternyata boleh lembik dengan kuasa lipas. Mereka juga menyifatkan yang seseorang itu bukan lah lelaki kuat jika takut dengan serangga ini.
Sedikit fakta mengenai lipas, ianya merupakan haiwan terawal hidup di dunia ini sebelum tamadun manusia bermula. Lipas juga dikatakan sukar untuk dihapuskan biar pun atom terkena atas muka bumi, dan ia masih mampu untuk hidup.
Jangan heboh kat orang lain yer. Cite sini habis sini je tau. Penulis pun sebenarnya takut dengan lipas. Ok bye.