Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama artis ini mungkin kurang mendapat sambutan peminat-peminat muda. Walau bagaimana pun namanya pernah menjadi kegilaan ramai sejak dia mula menyertai bidang lakonan di tahun 1989.
SUAMI “PERGI” DALAM NAHAS JALAN RAYA
Nor Albaniah binti Raffie yang kini berumur 50 tahun merupakan anak seni kelahiran Perak. Dia mula berlakon sejak umurnya 19 tahun dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi Raja Rezza Shah dan Salwa Abdul Rahman ketika itu.
Menyingkap kehidupan peribadi, aktress ini pernah berkahwin dengan seorang pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada tahun 1994. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Syarra.
Namun, dia diuji apabila suaminya meniggal dunia akibat nahas jalan raya 10 Jun 1996. Dia pula dikhabarkan turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
THROWBACK GAMBAR LAMA, TAKDA DALAM GOOGLE
Mengenangkan kisah lalu, Albaniah dilihat ada berkongsikan semula gambar lama bersama Allahyarham suami ketika zaman bahagia mereka. Tambahnya lagi, gambar mereka tidak mungkin ada di mana-mana carian termasuk lah google.
Komen mengenai fesyen pula, rupanya ketika zaman mudanya dahulu sudahpun membawa handbag silang. Kini fesyen tersebut mula diminati kembali ramai wanita.
KEKAL CANTIK SEJAK DARI MUDA
Melihat kepada reaksi pengikutnya, ramai yang mendoakan agar Allahyarham suaminya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Mereka juga turut memuji kecantikan artis ini yang tak makan dek zaman. Kekal sama sejak dari muda.
Peredaran zaman membuatkan permintaan dan kerjaya Albaniah dalam lakonan semakin merundum. Semoga Albaniah terus maju dan kekal relevan dalam industri ini kelak.