Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dulu Kemaruk Hiina Isteri Mengandung, Kini Suami Kemaruk Jumpa Anak Lepas Bayi “Terlahir” Comel

Jodoh dan pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Dia sahaja lah yang mampu menentukan perkara terbaik untuk hambaNya dan boleh bolak balik kan hati kita bila-bila masa sahaja.

Bercerita soal hati, ianya sering terjadi dalam rumah tangga. Awal perkahwinan semuanya nampak bahagia sehingga salah seorang mula rasa bosan dengan hubungan pada akhirnya dan mula mencari yang lain.

UJIAN DITINGGAL SUAMI KETIKA MENGANDUNG

Ini yang terjadi dalam kisah kali ini yang mana seorang wanita ditinggalkan suami ketika sedang sarat mengandung. Suatu dugaan yang sangat berat perlu dilaluinya memandangkan itu adalah anak sulong mereka.

Tak cukup dengan itu, si suami juga menghiina dan tidak mengaku bahawa zuriat yang isteri bawa adalah daripada keturunannya.

Ini adalah kisah benar dan diceritakan kembali oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Miss Erin Kayy. Erin merupakan seorang ibu tunggal memberitahu yang kini bekas suaminya mula kemaruk untuk dapatkan semula anak setelah dibuang selama ini.

SUAMI TAK MENGAKU ANAK, DOA MENIGGAL KETIKA BERSALIN

Tedahulu, sewaktu Erin mengandungkan anak mereka, suaminya seperti lupa agama, lupakan tanggungjawab, tidak mengaku zuriat serta mendoakan agar dia meniggal dunia ketika bersalin. Namun kuasa Allah melampaui segalanya.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Setelah bersalin, ternyata anak yang dilahirkan seiras dengan wajah bekas suami. Sehingga hari ini bekas suami merayu-rayu untuk bertemu dengan anak dan cuba untuk menjernihkan keadaan.

Apa yang Erin kesal adalah kenyataan suami ketika dia sarat mengandung. Ianya telah mengguriskan hati dalam keadaan si suami tidak sedar.

Sumber Twitter
Sumber Twitter
Sumber Twitter

JAGA TUTUR KATA

Dalam perkongsiannya itu, dia ada menitipkan pesan dan peringatan kepada bekas suaminya agar berhati-hati dengan lidah. Sekali terlepas bukan mudah untuk disembuhkan kembali.

Tambahan pula, di saat dia mengandung ketika itu lah dia terpaksa melalui ujian turun naik mahkamah bagi menyelesaikan urusan rumah tangga mereka kerana tindakan suami yang enggan memberi kerjasama secara baik.

Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang mendoakan agar Erin diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan dipertemukan dengan lelaki yang jauh lebih layak buatnya.

Kesimpulannya, lelaki harus faham tanggungjawab batin. Batin ini meliputi hati serta perasaan pasangan itu sendiri. Mengembirakan mereka adalah salah satu tanggungjawab yang perlu para suami tekankan.

Kongsi artikel ini: