Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dikala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita dapat lihat masih ramai masyarakat di luar sana berada dalam kesempitan, yang kais pagi makan pagi dan yang kais petang makan petang. Ada hikmah wabak Covid-19 ini diturunkan kepada hambaNya.
Mungkin untuk kita muhasabah diri dan mengenali individu mana yang ada ketika kesusahan. Penceramah dan juga pendakwah iaitu Ustaz Ebit Lew tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia sering sahaja turun padang membantu golongan asnaf dan pihak yang memerlukan.
Sepanjang tempoh PKP ini, hampir setiap hari ada sahaja kebaikan yang dia tunjukkan kepada kita semua sebagai contoh tauladan. Dan individu terkesan dengan kebaikan ini adalah pelawak dan juga penyampai radio iaitu Shuib Sepahtu.
SHUIB SERU ORANG RAMAI TURUT MEMBANTU USTAZ EBIT LEW
Sebelum ini Shuib ada memuat naik di instagram video di mana Ustaz Ebit sedang mengagihkan bantuan kepada orang ramai. Justeru dia meminta pihak yang berkemampuan turut serta menyertai Ebit dalam mengembeling usaha tersebut dengan menyalurkan sumbangan berupa wang kepada pertubuhan kebajikan.
Dia juga dilihat ada menyertakan nama dan maklumat akaun untuk pertubuhan di bawah Ustaz Ebit Lew bagi pihak yang berminat untuk menyalurkan sumbangan. PERTUBUHAN KASIH UMAT MALAYSIA CIMB 8603546376.
EBIT LEW BERTERIMA KASIH KEPADA SHUIB
Terbaru, peka dengan usaha baik Shuib, Ebit turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada pelawak berkenaan yang memuat naik entri kerja amal yang dia lakukan. Ianya merujuk terhadap usaha Shuib yang menyeru orang ramai untuk bersama menyumbang kepada yang memerlukan di saat ini.
Tak mampu dengan harta, cukup lah dengan sekadar doa. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew dipermudahkan dan dirahmati Allah. Dengan kerja amal ini sekurang-kurangnya meringankan beban mereka yang terkandas.