Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tidak Salahkan Takdir! Pemuda Ini Terus Kuat Bekerja, Jadi Penghantar Makanan Walau “Tanpa Tangan”

Ujian Allah ke atas manusia datang dalam pelbagai bentuk. Ada diuji dari segi harta dan ada pula dari segi kesihatan. Apa yang pasti ujian yang diberikan adalah tidak melebihi kemampuan hambaNya.

Cuma berbeza setiap ujian adalah cara kita menyerap dan menerima. Jika kita pandang dari sudut negatif, sudah pasti ianya akan melemahkan semangat serta akan menyalahkan takdir.

Disebabkan itu lah kita senantiasa positifkan minda agar dapat jadikan ujian itu suatu perkara yang indah untuk dialami.

MASIH BEKERJA BIAR TANPA TANGAN

Kita yang dikurniakan anggota badan yang lengkap perlu bersyukur. Lihat sahaja dengan pemuda ini yang dikenali sebagai Hafiz Abdullah. Walau pun bergelar orang kelainan upaya (OKU) akibat tidak memiliki sebelah tangan, namun dia masih mampu bekerja membuat servis penghantaran.

Dia yang hilang tangan kiri melakukan servis ini sekitar Pahang dan mempunyai pengalaman enam tahun dengan mencari rezeki sendiri dalam bidang ini.

Hafiz yang berusia 29 tahun kini juga dikenali sebagai “penghantar” barang yang jujur dan amanah terhadap pelanggannya. Dia sendiri ada memberitahu bahawa yang dia akan cuba menjalankan kerja sebaik mungkin biarpun keadaan dirinya tidak normal.

“InsyaAllah saya cuba sebaik mungkin. Jangan risau walaupun OKU, saya mampu melakukan tugas seperti orang normal lain. Kami bukan barisan pertama atau kedua, tapi kami ada untuk anda semua.” Jelas Hafiz.

BUKAN SEKADAR MENGHANTAR MAKANAN SAHAJA

Antara servis yang dilakukan Hafiz bukan sekadar membeli barangan rucit. Malah dia juga ada membuat perkhidmatan membayar bil elektrik, air dan juga memberi kejutan untuk hari jadi penerima.

Melihat kepada reaksi netizen, ramai yang kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh pemuda ini. Tak ramai antara kita kuat untuk melawan kekurangan diri. Mereka dilihat sempat menitipkan doa agar Hafiz terus sihat dan juga dimurahkan rezeki.

Konklusinya, jangan lah kita memandang ujian atau kekurangan diri itu suatu kelemahan. Jadikan ia sebagai satu semangat baru untuk kita bangun dan terus berjaya dalam kehidupan. Semoga kisah hafiz ini membuka mata dan menjadi lembaran baru buat kita semua.

Kongsi artikel ini: