Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Tahan Sikap Degil Waktu Kuarantin, Si Ibu Panggil Polis Utk “Ajar” Anak. Tindakan Polis Curi Tumpuan Netizen

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan lah suatu tempoh yang mana kita boleh dianggap main-main. Memandangkan sehingga hari ini kita masih belum menemui penawar untuk Covid-19, PKP adalah inisiatif terbaik dalam mengekang wabak ini dari terus menular.

Namun cukup menghampakan apabila masih ada antara kita yang tidak peka dengan isu ini dan sengaja keluar rumah tanpa sebab yang munasabah. Semalam, Perdana Menteri kita ada meluahkan rasa faham dengan tekanan yang rakyat rasai.

IBU TELEFON POLIS, TAK TAHAN DENGAN SIKAP DEGIL ANAK

Apa kan daya keadaan sekarang yang tidak mengizinkan. Justeru, PDRM dan juga ATM dikerah bagi mengawal masyarakat agar lebih patuh dengan arahan ini.

Terbaru, ibu kepada seorang remaja dikatakan telah membuat aduan kepada pihak polis gara-gara tidak tahan dengan sikap anaknya yang ingkar dengan arahan tersebut.

Difahamkan remaja berusia 15 tahun sering kali keluar rumah sepanjang tempoh PKP ini biarpun sudah dilarang oleh ibu dan juga bapa saudaranya.

Bagi memberi pengajaran kepada remaja berkenaan, Ketua Polis Balai Lenggong iaitu Inspektor Mohd Ropiza Hassan telah membasuh dan memberikan kata-kata pengajaran memandangkan ianya bukan pertama kali ingkar dengan arahan PKP.

DAH BEBERAPA KALI DITAHAN ATAS ALASAN SAMA

Didapati anak buahnya telah beberapa kali terserempak dan berjaya menahan remaja berkenaan atas alasan yang sama. Kejadian yang berlaku di Kampung Kuak, Perak telah menjadi perhatian netizen gara-gara nasihat yang diberikan oleh Inspektor Mohd Ropiza.

“Kalau tiada orang lain boleh pantau kamu, emak bapa pun tidak boleh pantau baiklah duduk dalam lokap biar polis pantau sendiri. Makan nasi bungkus, duduk rumah batu tanpa katil. Kamu nak macam tu?”
“Apa yang saya beritahu ni kamu ambil. Kamu tunjuk pada saya lima tahun lagi kamu boleh berjaya, sampai masuk universiti. Datang jumpa saya di Balai Lenggong.” Tegas Insp. Mohd Ropiza kepada remaja berkenaan.

LEBIH KEPADA BAPA NASIHAT ANAK

Ada baiknya tindakan Mohd Ropiza ini yang dilihat lebih memberi kata-kata semangat dalam nada tegas berbanding memarahi secara membuta tuli. Ia seakan-akan seperti jiwa seorang ayah yang inginkan anaknya berjaya.

Semoga remaja lain turut sedar dengan pentingnya duduk di rumah dan patuh pada operasi PKP ini. Tiada sebab yang lebih baik dalam memastikan kesihatan rakyat terjaga.

Kredit: Perak Gazette

Kongsi artikel ini: