Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam Tak Dijangka! Pelakon Puteri Aishah Pula Positif Covid-19. Ikuti Pendedahan Pengurus Peribadinya

Seperti mana penulis kongsikan sebelum ini mengenai Covid-19, ianya tidak pilih bulu dan boleh dijangkiti oleh mana-mana individu. Buat masa sekarang masih belum ditemui vaksin atau pun penawar untuk wabak berkenaan.

BERGANTUNG PADA ANTIBODY MASING-MASING

Sebelum ini Pencetus Ummah (PU) Riz menjadi selebriti pertama yang dijangkiti Covid-19, sekali gus mengejutkan ramai peminat. Walau bagaimanapun dia terima dengan reda ujian tersebut dan memohon doa orang ramai mengenai kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kenal Pangkat & Darjat! PU Riz Selebriti Pertama Disahkan Positif Covid-19. Ikuti Punca Dia Dijangkiti

Apa yang boleh dikongsikan mengenai wabak Covid-19 ada bergantung kepada antibody masing-masing. Justeru, ramai pegawai kesihatan menyarankan orang ramai agar menjaga kesihatan dan juga kebersihan diri sepanjang tempoh ini.

Puteri Aishah

PUTERI AISHAH SELEBRITI KEDUA POSITIF COVID-19

Dalam perkembangan terbaru dunia hiburan tanah air, dikhabarkan pelakon cantik Puteri Aishah Sulaiman disahkan positif Covid-19 menjadikan dia selebriti kedua yang dijangkiti.

Berita sedih ini disampaikan sendiri oleh pengurus peribadi pelakon berkenaan, Iman Tang menerusi entri Instagram sejam yang lalu. Dalam perkongsian Iman, dia memohon doa semua peminat agar Puteri Aishah kembali sembuh dari wabak tersebut.

“Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu. Salam Mahgrib. She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago. Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh. STAY STRONG PUTERI.” Kongsi Iman sejam yang lalu.
Sumber Instagram Iman Tang

RAMAI DOAKAN KESIHATAN KEMBALI PULIH

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka terkejut dan tidak menyangka artis kesayangan mereka turut menjadi mangsa keadaan. Mereka dilihat memberikan kata-kata semangat buat Puteri Aishah dan mendoakan kesihatan beliau kembali pulih.

Dalam perkongsian Iman Tang, tidak diberitahu secara lebih terperinci mengenai perjalanan dan juga bagaimana Puteri Aishah boleh terkena dengan wabak berkenaan.

Apa pun diharapkan keadaannya kekal baik dan kembali sihat seperti biasa. Suka penulis ingatkan kepada pembaca agar amalkan kehidupan yang berkualiti agar kekal cergas dan juga jaga langkah-langkah kebersihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kongsi artikel ini: