Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gagal Dapat Bantuan Prihatin! Status “Kecewa” Michael Ang Di Instagram Tarik Perhatian Peminat

Perintah Kawalan Pergerakan sedikit sebanyak telah menjejaskan mata pencarian sesetengah pihak yang mengharapkan gaji harian dan juga golongan yang mendapat notis cuti tanpa gaji.

BPN SUDAH DIBAYAR UNTUK KATEGORI B40 SEJAK SEMALAM

Peka dengan masalah rakyat, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Pakej Nasional (BPN) kepada mereka yang layak mengikut kategori masing-masing iaitu B40 dan juga M40 tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Difahamkan bantuan pakej ini telah pun dikreditkan kepada akaun penerima masing-masing sejak semalam. Ramai yang mula tidur lena setelah mendapati nama dikategorikan layak menerima BPN ini.

Michael Ang

MICHAEL ANG KECEWA GAGAL DAPAT BANTUAN

Terbaru, hasil perkongsian di laman Instagram, pengarah mualaf terkenal iaitu Michael Ang ada berkongsikan status permohonannya kepada peminat. Dia meluahkan rasa hampa dalam nada bergurau setelah didapati dia gagal mendapat bantuan tersebut.

Jelas Michael Ang, biar pun dia dikategorikan individu yang tidak layak mendapat bantuan BPN, itu tidak bermakna yang dia menolak kerajaan bahkan dia akan sentiasa menyokong usaha mereka dalam menyekat rantaian Covid-19 di negara kita.

“Salam semua. Why oh why? Am I not Malaysian? Hehehehehhe! Kita faham niat kerajaan and kita stay positive ok and terus support usaha kerajaan untuk tandingi Covid 19! Let’s stay together and fight this together my Malaysian! Luv u all n stay safe!” Tulis Michael Ang dengan nada bergurau.
Sumber Instagram

PEMINAT PUJI, TAK CEPAT MELATAH

Secara tidak langsung perkongsian pengarah ini menarik mata ramai peminat. Ramai meneka bahawa pendapatan dia melebihi daripada kerajaan tetapkan. Ada yang sempat berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kerana Michael Ang kerana menjadi antara pembayar tetap cukai negara.

Peminat juga memuji dengan cara Michael Ang yang tidak cepat melatah, tak seperti sesetengah artis. Mereka juga memberikan kata-kata positif yang mana mungkin rezeki pengarah ini di kemudian hari.

Kesimpulannya, kita boleh mengemukakan rayuan sekiranya tidak layak. Tapi bagi penulis, jika pendapatan individu itu terlebih dari mampu, kenapa perlu berebut hak yang sepatutnya disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan terutama asnaf dan anak yatim.

Kongsi artikel ini: