Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
kita hidup di Malaysia perlu patuh kepada undang-undang negara yang telah ditetapkan. Tujuan undang-undang diwujudkan adalah memastikan sebuah negara berada dalam keadaan aman damai dan membangunkan sahsiah masyarakatnya.
Antara golongan yang dilindungi oleh undang-undang adalah penjawat awam. Justeru masyarakat perlu patuh kepada arahan yang diberikan selagi mana ia tidak bercanggah dengan mana-mana perundangan atau perlembagaan negara.
HIINA ANGGOTA POLIS, REMAJA TIDAK MAMPU BAYAR DENDA
Sebelum ini, negara kita digemparkan dengan kisah seorang remaja, Nurshahira yang telah memuat naik status berbaur hiinaan terhadap anggota polis menerusi laman Facebook miliknya.
Mengaku bersalah atas tindakan tersebut, Nurshahira telah didenda oleh pihak mahkamah sebanyak RM10,000. Walau bagaimanapun, dia dan keluarga tidak mampu berbuat demikian dan terpaksa menjalani tempoh dua bulan lagi penjara.
Dia dan keluarga harus berasa syukur apabila didatangi individu berhati mulia untuk membantu mereka. Difahamkan individu berkenaan yang dikenali Muhammad Azlan Al-Amin telah bermurah hati untuk membayar denda Nurshahira.
RAMAI KAWAN AJAK UNTUK BERMALAM, TAPI TOLAK SECARA BAIK
BUKAN WAKIL RAKYAT, TAPI ADA HATI UNTUK LIHAT KEBAHAGIAAN ORANG LAIN
MAHKAMAH MENOLAK PERMOHONAN PERGANTUNGAN HUKUMAN SEMENTARA
Dalam perkongsian terbaru Azlan memaparkan penjaga Nurshahira yang bergelingan air mata, sebak dengan bantuan yang diterima dari insan yang langsung tiada ikatan dengan mereka.
Difahamkan Mahkamah Seksyen Alor Star hari ini telah menolak permohonan mereka untuk menggantung hukuman sementara menunggu proses rayuan Nurshahira. Jelas Azlan, dia akan minta peguamnya untuk segerakan permohonan rayuan di mahkamah tinggi dalam tempoh terdekat.
Sehingga hari ini kes Nurshahira masih dalam perbicaraan. Para ibu bapa diingatkan untuk memantau anak-anak dan jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Kadang kala mereka boleh melakukan sesuatu tanpa mengetahui kesan disebaliknya.