Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Takut Menyesal Pulak! Wawa Zainal Rancang Untuk “Tutup Kilang” Sebelum Usia Cecah 30 Tahun

Anak merupakan medium dan juga pelengkap kepada pasangan yang berkahwin. Balik kerja dalam keadaan penat, lihat sahaja wajah mereka sudah pasti menjadi pengubat segala penat lelah yang dilalui.

Bertelagah dan salah faham dalam rumah tangga adalah perkara biasa. Mana tidaknya, kita berkongsi hidup dengan individu yang langsung kita tidak kenal perangai sebenarnya. Bila difikirkan masa depan anak, semuanya akan kembali reda dan aman seperti sediakala.

WAWA RANCANG TAMBAH DUA LAGI ANAK SEBELUM UMUR 30

Bercerita soal anak, pelakon dan juga usahawan berjaya iaitu Wawa Zainal ada berkongsi kisah perancangannya dengan suami. Peminat sudah pun sedia maklum yang Wawa baru sahaja menimang cahaya ketiganya, Ayya Sofea yang berusia 4 bulan.

Sumber Facebook

Menurut Wawa, dia merancang untuk menambah lagi dua orang cahaya mata sebelum umur mencecah 30 tahun. Walau bagaimanapun perancangannya dilihat agak sukar memandangkan dia kini sudah berumur 28 tahun melainkan dia beranak kembar.

TAKUT MENYESAL TAK TAMBAH ANAK

Tak mustahil kerana rezeki semuanya terletak di tangan Allah. Tambah Wawa lagi, bila tak tambah anak takut nanti menyesal di masa depan. Apabila semua mereka sudah meningkat dewasa dan miliki tanggungjawab masing-masing, pasti keadaan rumah menjadi sunyi.

Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka menyokong keputusan Wawa untuk menambah lagi bilangan anak memandangkan 28 tahun merupakan suatu angka yang masih muda.

Tidak salah jika terlajak sedikit memandangkan Wawa dan Aeril terlebih mampu untuk memberi anak-anak kebahagiaan hidup.

Sumber Facebook

KALAU DAH REZEKI APA SALAHNYA

Ini lah yang dinamakan rezeki. Sesetengah pasangan masih lagi bergelut dalam mendapatkan zuriat sulong mereka. Apa pun, soal anak jangan dipandang mudah. Kebahagiaan dan juga didikan sangat penting dalam mencipta masa depan yang berjaya.

Sebagai rekod, pasangan artis ini membina rumah tangga mereka pada tahun 2013 ketika Wawa berumur 21 tahun. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan terbaru Ayya Sofea.

Kongsi artikel ini: