Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Raih Sedekah, Warga Emas Bawa Guni Sambil Bertongkat Jual Cili Yang Ditanam Sendiri Depan Bank

Bagi yang bergaji tetap dan bulanan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan tempoh honeymoon buat mereka. Tidak perlu tertekan untuk menghadap kesesakan trafik setiap pagi bahkan tidak terbeban dengan kerja buat sementara waktu.

Yang mereka tahu, hanya duduk di rumah dan gaji akan masuk setiap bulan. Wahai saudara saudari sekalian, cuba lah ambil beberapa detik untuk melihat keadaan sekeliling. Betapa ramainya lagi yang masih berjuang dengan ekonomi keluarga.

WARGA EMAS MASIH CEKAL MENJUAL CILI DENGAN BERTONGKAT

Sedangkan sebelum PKP pun hidup berkais ini kan pula bila diarahkan untuk tidak boleh berganjak dari pintu rumah. Sudah pasti mata pencarian mereka tersekat serta merta.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hakimy Albertamy ada berkongsikan kisah kecekalan seorang warga emas. Biarpun dengan bertongkat, dia masih mampu mencari sumber pendapatan dengan sendiri tanpa meminta ihsan dari orang ramai.

Sumber Facebook

JUAL DI HADAPAN MAYBANK BERTAM, KEPALA BATAS

Difahamkan kejadian ini berlaku di Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas. Lelaki warga emas tersebut sedaya upaya mencari pendapatan dengan menjual cili di hadapan bank berkenaan.

Difahamkan, cili yang dijual adalah hasil tanaman warga emas berkenaan. Dengan operasi PKP yang sedang dilaksanakan sedikit sebanyak telah menyukarkannya untuk meraih pendapatan seperti hari biasa.

Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook

TAK HARAPKAN SEDEKAH ATAU SUMBANGAN ORANG RAMAI

Paling terharu adalah apabila keadaannya yang bertongkat. Meski pun demikian, dia langsung tidak meminta sedekah. Menggunakan apa yang ada untuk mencari rezeki dengan kudrat sendiri.

Melihat kepada perkongsian ini, ramai warganet mula berasa sebak dan juga bangga dengan semangat yang ditunjukkan. Rata-rata mereka memberi sokongan dengan meminta agar penduduk sekitarnya untuk turun membantu membeli cili yang dijual.

Kesimpulannya, tak semua antara kita boleh tidur dengan lena ketika PKP ini. Sedangkan kepala tengah kusut memikirkan perut ahli keluarga yang sedang kelaparan.

Apa pun penulis sangat memuji dengan tindakan warga emas ini kerana masih mampu menggunakan peluang yang ada tanpa mengharapkan sumbangan orang ramai.

Kongsi artikel ini: