Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Kenal Pangkat & Darjat! PU Riz Selebriti Pertama Disahkan Positif Covid-19. Ikuti Punca Dia Dijangkiti

Wabak Covid-19 mula mencatatkan kes pertamanya di wilayah Hubei, China sejak November tahun lepas. Pada awalnya ia dijumpai oleh seorang doktor di daerah tersebut namun pemimpin negara berkenaan memandang enteng dan seterusnya tersebar lah ia bagai gelombang tanpa disangka-sangka.

COVID-19 TAK PILIH KASIH, TAK KENAL DARJAT

Wabak ini perlu dipandang lebih serius memandangkan angka korban dan juga trend pesakit dijangkiti menaik setiap hari biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilaksanakan.

Datuk Hisham Hamdan, Pengerusi UDA Holding Sdn Bhd

Apa yang penulis boleh katakan adalah wabak ini tak kenal pangkat dan juga darjat. Sebelum ini, ia pernah dijangkiti oleh Pengerusi UDA Holding Sdn Bhd iaitu Datuk Hisham Hamdan selepas pulang dari menghadiri persidangan di Shanghai 13 Januari lalu.

Dan terbaru, dikhabarkan seorang pendakwah selebriti dan juga pelakon iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz pula disahkan positif wabak berkenaan. Pada mulanya dia mengalami demam panas sejak tiga hari yang lalu.

PU RIZ POSITIF COVID-19

Kemudian, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail membuat saringan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam dan keputusan dikeluarkan pada hari ini adalah positif.

Ia suatu cabaran dan dugaan yang sangat besar buat pendakwah selebriti ini namun dia reda dengan berita yang diterima. PU Riz menanggap ia adalah ujian Allah SWT kepada hambaNya.

Jelasnya, sebaik mana kita menjaga kesihatan sekali pun, tetapi dah kalau Allah nak datangkan penyakit tetap tak dapat kita elak. Walau bagaimanapun dia memohon doa orang ramai agar kesihatannya kembali pulih dan bebas dari wabak berkenaan.

TAK KELUAR RUMAH SEPANJANG PKP

Difahamkan PU Riz akan menjalani kuarantin di PPUM sehingga lah keadaan kembali baik. Bila disapa mengenai jangkitan, dia memaklumkan hanya kekal di rumah sepanjang PKP ini. Keluar pun hanya untuk membeli keperluan makanan.

“Cuma rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat Covid-19.” Jelasnya.

Sama-sama kita titipkan doa agar PU Riz dan juga pesakit lain yang sedang berhadapan wabak ini kembali pulih sepenuhnya secepat yang mungkin.

Kongsi artikel ini: