Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Umum sudah pun sedia maklum isu dan krisis antara beberapa orang artis dan juga Zarina Anjoulie yang memperlihatkan masing-masing meluahkan rasa dan pandangan kepada umum.
Ianya berikutan satu video dari Zarina Anjoulie atau Anju yang menegur dan membongkarkan dunia sebenar seorang artis.
ANJU TAK MUDAH MELATAH
Selepas dari itu, seorang demi seorang mula mengeluarkan kenyataan mengatakan Anju sengaja meraih publisiti dan hanya ingin mengejar pengikut di Instagram semata-mata.
Tak mudah melatah dengan tanggapan orang, akhirnya Anju menerusikan kehidupan seperti biasa bahkan membuktikan bahawa duit yang diterima dari IG review digunakan bagi memberi sumbangan dan juga menjalankan misi bantuan kepada yang memerlukan.
FAZURA SALUR DANA UNTUK ANJU JALANKAN MISI BANTUAN
Dalam artis lain cuba menjatuhkan namanya, tidak pula bagi figura ini. Anju mendedahkan masih ada artis yang baik dan berjiwa murni turut serta membantunya. Artis yang dimaksudkan ialah Fazura, satu-satunya artis yang turut memberi menghulurkan sumbangan kepada Anju bagi menjalankan misinya.
Menurut Anju, selama ini tiada seorang pun yang tampil memberikan dana kepadanya. Sebaliknya pula Fazura walhal mereka hanya berkawan menerusi laman Instagram sahaja.
TAK DEDAH ANGKA, CUKUP UNTUK 10 KELUARGA
Namun, dia tidak mendedahkan pula jumlah yang disalurkan oleh Fazura. Sekadar memberi gambaran ianya cukup untuk membantu 10 lagi keluarga yang memiliki anak dan juga bayi kecil seperti susu, lampin pakai buang, beras, garam, gula, minyak dan beberapa barang lain.
Siapa sangka, dalam kita berbalah antara satu sama lain, Tuhan hadirkan seorang yang positif dan memandang keperitan yang dialami. Sikap sebegini yang harus kita contohi. Bukan pentingkan diri dikala kehidupan terlebih dari mampu.
Semoga ianya membuka mata orang ramai agar turut sama meringankan beban golongan yang memerlukan melalui saluran yang betul. Masih ramai hidup tersepit dikala mata pencarian terhalang sewaktu perintah kuarantin ini.