Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sempat Berpesan, Berdakwah Di Facebook! Ustazah Shadiya Abbas Dikhabarkan Telah Meniggal Dunia

Ustazah Shadiya Abbas merupakan seorang penceramah bebas dan ilmuan agama yang sering sahaja menjadi jemputan dalam rancangan TV Al-Hijrah, Astro Oasis dan banyak lagi. Dengan penyampaiannya yang lemah lembut sudah pasti sentiasa diingati ramai penonton dalam mendengar perkongsiannya.

USTAZAH SHADIYA ABBAS HEMBUS NAFAS TERKAKHIR JAM 5.05 PAGI TADI

Allah lebih sayangkan dia. Itu sahaja yang mampu diucapkan apabila dikhabarkan Ustazah Shadiya Abbas, seorang yang aktif dalam dunia dakwah ini dikhabarkan telah pun meniggal dunia.

Sumber Facebook

Berita ini disampaikan sendiri oleh suami Allahyarhamah menerusi laman Facebooknya pada beberapa jam yang lepas. Ustazah Shadiya dikatakan mengalami sesak nafas/asma dan menghembuskan nafas pada jam 5.05 pagi tadi.

SEMPAT BERDAKWAH DALAM FB SEBELUM “PERGI”

Allahyarham telah meninggalkan seorang suami dan juga dua orang anak. Walau bagaimanapun, yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian terakhir Allahyarhamah di Facebook yang disifatkan dakwah sehingga hujung nyawa. Entri tersebut bertajuk “Jangan Menghina Jika Sayangkan Allah”.

Ringkasnya perkongsian tersebut mengingatkan kita agar jaga tutur kata serta lidah agar jangan cepat menghukum seseorang. Dia berkongsikan kisah seorang muslim yang murtad dan menjadi pastor kristian.

Sumber Facebook

Justeru dia meminta orang ramai sentiasa berdoa kerana pintu taubat itu rahsia Tuhan dan bila-bila masa sahaja hidayah itu boleh dikurniakan kepada hambaNya yang terpilih.

RAMAI YANG TAK SANGKA PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH

Sudah pasti berita pemergiannya ini mengejutkan sahabat dakwah dan juga penonton yang pernah mengikuti rancangannya. Lihat kepada komen, mereka sempat menitipkan doa dan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman kelak.

Allah lebih menyayangi hambaNya yang membuat kebaikan. Semoga suami dan keluarga Allahyarhamah menerima berita ini dengan tenang dan juga tabah. Penulis mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya.

Kongsi artikel ini: