Ironi Kasih adalah drama baru yang disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 2 April lalu. Ianya menggantikan drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

SINOPSIS RINGKAS DRAMA IRONI KASIH

Drama ini ditunjangi oleh Aqasha dan pelakon muda, Intan Najuwa. Secara keseluruhan, drama ini mengisahkan seorang pembantu rumah (Intan Najuwa) yang akhirnya mempunyai rasa cinta terhadap majikannya Johan (Aqasha).

Rumah tangga Johan mula goyah dan retak berikutan isterinya Emilia (Intan Ladyana) banyak menghabiskan masa bersama rakan kongsi iaitu Noh (Fizz Fairuz). Berikutan ini, perasaan Johan mula tercalar dan bertindak melepaskan Emilia.

BERANG LIHAT WAJAH OGY DALAM IRONI KASIH, TERUS TUTUP TV

Antara pelakon yang turut membarisi drama ini adalah pelakon senior, iaitu Fauziah Ahmad Daud ataupun selesa disapa Ogy. Umum sedar bahawa sebelum ini Ogy antara individu yang mengeluarkan kata-kata kurang senang terhadap netizen.

Secara tidak langsung, drama berkenaan telah menerima tempiasnya apabila rata-rata netizen mengeluarkan kembali isu netizen yang memiliki IQ rendah dan bermacam-macam lagi kritikan lain.

Seakan-akan api kemarahan netizen membuak-buak apabila melihat wajah Ogy keluar di kaca televisyen dalam episod 1 Ironi Kasih. Ini lah dinamakan aura netizen apabila ada pihak tersalah mengeluarkan kenyataan.

TAK LAYAK TENGOK DRAMA MELAYU, NETIZEN IQ RENDAH

Lihat sahaja komen-komen mereka yang menyindir dan mempertikaikan plot drama yang seakan dah basi. Cuma diubah pada tajuknya sahaja. Mereka juga menyuarakan bahawa tidak berminat lagi untuk menonton drama melayu dan kini beralih pada kPop dan juga Hollywood.

Ini lah yang dinamakan lidah itu lebih tajam daripada mata pisau. Hanya satu perkataan sahaja boleh mengundang seribu satu kesan walhal bergelar artis sekali pun.

Konklusinya, manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Artis dan penghibur juga bertaraf manusia. Jadi lebih baik kita amalkan sikap memaafkan berbanding menyimpan dendam.

Semoga para artis mengambil pengajaran dan jangan pandang mudah kepada aura netizen kelak.

2 COMMENTS

  1. Salam sejahtera semua saudaraku netizen yang IQ RENDAH tetapi BIJAKSANA.
    Kuatkan pegangan semangatmu untuk kita Boikot Artis-artis lidah biawak, lidah bercabang, mulut tempayan, mulut berkudis gatal dan lain-lain lagi yang berpenyakit.
    Teruskan usaha Boikot ini dan inilah saatnya kita tunjukkan tanpa kita (netizen) mereka golongan artis ini akan kerasukan syaitan menuju kehancuran.
    Tanpa mereka netizen masih tetap kukuh hidup dalam sejahtera dan harmoni.

    • Mohon pencerahan; apa kaitannya kak Ogy dengan “IQ rendah”? Obviously saya mg xlyn drama2 melayu & x ikut sgt gossip artis tempatan.

      Bukan saja2 x nk ikut, tp dah mg akal fikiran ni xlenk hadap. 😄

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here