Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kesempitan Hidup, Ibu Sedang Berjuang Lahirkan Bayi. Anak Kecil Di Rumah Berlapar, Putus Bekalan Makanan

Seperti mana penulis kongsikan sebelum ini, sebenarnya tempoh kuarantin atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kita seribu satu hikmah. Waktu ini lah kita dapat lihat erti “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara”.

Masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, masa muda sebelum tua dan masa hidup sebelum tibanya bertemu Sang Pencipta. Lihat sahaja disekeliling kita, biarpun kita memiliki banyak duit atau wang, namun kesihatan paling utama.

ANAK KECIL BERLAPAR, TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Dikala kita mempunyai banyak masa, kesihatan lah paling utama. Ramai yang sedang diuji tatkala tempoh PKP ini. Ada yang hilang punca pendapatan, dan ada yang hilang ahli keluarga gara-gara wabak Covid-19.

Namun ujian untuk si kecil ini lebih berat berbanding kita yang diuji hanya tak mampu untuk keluar rumah. Dikhabarkan beberapa orang adik kecil ini sudah pun terputus bekalan makanan kerana kedaifan hidup.

Kisah mereka dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Jah Awg Kenit yang menceritakan keadaan sebenar mereka lalui. Ibu mereka sedang menunggu masa untuk bersalin dan duit pula tiada langsung untuk membeli makanan.

ATUK YANG JAGA SUDAH UZUR DAN SAKIT

Anak-anak yang berumur antara 1 tahun sehingga 7 tahun kini berada di bawah jagaan datuk mereka yang juga uzur dan tidak sihat.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian seorang pengguna Facebook lain yang dikenali Watie Razzania Putra. Malam tadi dia dan sepupunya tergerak hati untuk menjenguk keadaan adik-adik kecil ini memandangkan mereka berada dalam kawasan berdekatan iaitu sekitar Rawang.

Watie dilihat sempat membeli sedikit barang keperluan dapur untuk mereka bagi menampung kehidupan sementara tempoh PKP ini.

IBU DAN AYAH BERADA DI HOSPITAL, TUNGGU MASA UNTUK BERSALIN

Difahamkan ibu anak-anak keci ini dimasukkan ke hospital dan hanya menunggu masa melahirkan bayi. Manakala, si ayah turut berada bersama di sisi dalam menemani perjalanan si isteri.

Mujur lah mereka didatangkan seorang wanita yang cakna dan berhati mulia dalam membantu kesempitan adik-adik comel ini. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik yang disumbangkan.

Kesimpulannya, dikala kita mengeluh dengan nasib hidup dialami, ingat lah bahawa masih ramai di luar sana yang kehidupannya jauh lebih susah dan tersepit. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita bersama.

Kongsi artikel ini: