Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Lama Berteka-Teki, Hana Azraa Buka Mulut! Akhirnya Dia Dan PU Abu Sah Bercrai

Perkahwinan bukan suatu perkara yang boleh dibuat main. Sekali kita diakadkan, ianya disusuli dengan tanggungjawab dan juga rasa kasih buat pasangan.

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan pertamanya. Kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Haza Azraa yang merupakan seorang usahawan.

PU ABU ADA WANITA LAIN?

Walau bagaimanapun hubungan mereka tidak bertahan lama. Dia dan isteri dilihat tidak lagi duduk sebumbung dan difaham mempunyai hubungan dengan wanita lain. Isterinya Hana ada mendedahkan cerita ini kepada umum sebelum ini.

Namun seperti biasa PU Abu menafikan dan memberitahu wujud salah faham tentang isu tersebut dan isterinya bersikap terlalu sensitif.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Azraa dedah sikap suami ulang perangai lama! PU Abu tampil tenang menjawab kenyataan isteri

Hubungan merek terus menjadi tanda tanya netizen. Dan semalam, Hana Azraa akhirnya mendedahkan status sebenar hubungan mereka melalui satu entri di Instagram.

“Baiklah. Terlalu lama menjadi teka teki. Dan banyak pihak mempersoalkan dan bertanya mengenai status Hana. Dan pelbagai spekulsi dan manipulasi terutamanya telah dibuat dari beberapa pihak.”
“Disini, Hana perjelaskan khas untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulsi serta manipulasi dari mana mana pihak.”

HUBUNGAN KAMI DAH BERAKHIR, BUKAN LAGI SUAMI ISTERI- HANA AZRAA

“Pertama sekali, benar Hana dan Abu sufyan sudah tidak mempunyai apa apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung. dan kami bukan lagi suami isteri.”
“Andai keluar dari mulut beliau bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang di ucap keluar dari mulut beliau.”
“Kedua nya, berhenti bertanyakan pada Hana soal hubungan Abu Sufyan dengan mana mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau atau pun tidak, sila terus bertanyakan pada tuan empunya badan. Tolong ya.”
“Hana yakin, ramai dikalangan followers Hana pernah nampak dengan mata dan kepala sendiri. Kalau tidak, tak adalah soalan soalan jerat di tuju pada Hana. Jadi, Hana minta tolong berhenti kaitkan apa apa isu berkaitan mereka dengan Hana. Antara mereka berdua bukanlah urusan saya.”

TIDAK DEDAH BAGAIMANA RUMAHTANGGA MEREKA BERAKHIR

“Kenapa, mengapa, bila, bagaimana tentang berakhirnya urusan rumahtangga kami maaf Hana tak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harap nya sesetengah pihak berhenti provoke di DM.”
“Apa pun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. In shaa Allah. Hana yakin ada hikmah buat Hana dan anak anak terutamanya. Terima Kasih.”
“Dan apa pun Hana ingin memohon maaf pada semua dari awal, sehinggalah perkenalan kita pada hari ini. Stay at home and stay safe everyone.” Kongsi panjangnya.

Diharapkan dengan perkongsian Hana ini menjawab segala tanda tanya yang membelengu ramai netizen perihal mereka berdua.

Apa pun terjadi, semoga mereka dapat jadikan pengajaran dengan segala kemelut yang melanda. Ingat, rumah yang dibina bukan bertujuan untuk dirobohkan. Atap bocor sekali pun baiki lah ia selagi mana mampu.

Kongsi artikel ini: