Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila Ayah & Adik Beradik Lelaki Masuk Air Akibat Kuarantin, Habis Baju Kelawar Mak “Dikerjakan”

Bagi sesiapa yang suka melakukan aktiviti sosial, sudah pasti dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sedikit mengganggu emosi mereka. Ada antara kita tak boleh untuk hidup berkurung, ada sahaja hal yang nak dilakukan seharian.

Namun apakan daya, negara kita sedang berdepan dengan wabak Covid-19. Jadi jalan terbaik untuk menyekat ia dari terus merebak adalah dengan kuarantin diri sendiri. Sama-sama kita peranginya dengan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dahulu.

DAH MULA MASUK AIR, BAPA DAN ADIK BERADIK LELAKI PAKAI BAJU KELAWAR IBU

Lupakan sementara kegiatan luar. Sebenarnya banyak je perkara yang boleh dibuat sepanjang PKP ni. Terutamanya aktiviti kekeluargaan yang selama ini semakin dilupakan.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Raihana Roslan ada berkongsikan momen lucu ahli keluarganya. Gara-gara terlalu lama kuarantin sehinggakan bapa dan adik-beradik mula masuk air.

Mana tidaknya, difahamkan almari ibu Raihana telah kehabisan baju kelawar gara-gara dikerjakan oleh bapa dan adik-beradik lelaki. Jangan ada yang salah faham. Itu hanya sekadar senda gurauan mereka sekeluarga tatkala kena kuarantin.

Sumber Twitter
Sumber Twitter
Sumber Twitter
Sumber Twitter

MEREKA BUKAN DIPAKSA

Tidak dinafikan ada warganet yang terlalu memandang serius isu ini. Jelasnya, mereka bukan dipaksa untuk berpakaian sedemikian bahkan kerelaan masing-masing. Mereka turut akui berpakaian seperti ibu-ibu ini sangat selesa dan sejuk.

Lihat sahaja lah reaksi ayah mereka yang slumber dan sekepala dengan anak-anak. Ketika ini lah kita dapat mengeratkan lagi hubungan dan bergurau senda sebelum masing-masing kembali sibuk.

Melihat kepada reaksi pengguna twitter yang lain, mereka turut terhibur dengan tindakan keluarga ini yang ternyata saling memahami. Seharusnya ianya menjadi contoh kepada yang lain dalam mengimarahkan satu sama lain.

Mungkin di sesetengah mata orang lain ianya nampak keterlaluan. Cuba lihat dari sudut positif yang mana kaum lelaki merasai sendiri suasana beban yang ibu /para wanita tanggung selama ini. Sudah pasti perasaan sayang itu akan timbul dengan lebih mendalam.

Justeru, guna kan peluang yang ada ini untuk mengenali ahli keluarga di rumah. Perbaiki apa yang kurang selama ini dan kekalkan keharmonian rumah tangga.

Kongsi artikel ini: