Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bersyukur Akhirnya Dapat Bantuan, Senyuman Lelaki Kelainan Upaya Meruntun Perasaan Netizen

Umum sedia maklum wabak Covid-19 bukan sahaja menghantui penduduk Malaysia bahkan seluruh dunia sedang berhadapan ancaman wabak ini. Setiap hari ada sahaja kes baru dan angka korban baru kesan Covid-19.

SELURUH DUNIA BERGELUT DENGAN COVID-19

Setiap negara sedang bergelut memberikan perlindungan yang terbaik buat rakyatnya agar penyakit ini tidak menular dengan lebih meluas lagi. Jadi, langkah terbaik adalah dengan menkuarantinkan mereka di rumah masing-masing dan elak dari berada di kawasan tumpuan ramai.

Kesan lain kepada tindakan ini adalah ekonomi rakyat. Ada sebilangan besar yang masih mengharapkan gaji harian untuk mengisi perut keluarga di rumah. Sekali gus tindakan kuarantin ini memaksa mereka untuk mengikat perut.

REAKSI TERIMA KASIH SUNGGUH SEBAK DAN TERHARU

Kali ini kejadian berlaku di Filipina, dikongsikan oleh Jem Arboleda-Nacino yang mana dia dan keluarga telah menghulurkan sumbangan kepada seorang lelaki bersempena sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka.

Sumber Facebook
Antara yang menerima sumbangan
Antara yang menerima sumbangan

Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi dari lelaki yang menerima sumbangan terbabit. Dapat dilihat riak wajahnya yang sangat berterima kasih sekali gus mencipta sebak orang ramai. Difahamkan lekai berkenaan merupakan seorang kelainan upaya.

Cukup dengan reaksinya sahaja sudah tahu yang dia sangat menghargai dan cukup berterima kasih dengan bantuan diberikan.

MOGA LEBIH RAMAI YANG  TAMPIL MENDERMA

Lihat sahaja reaksi warganet, mereka turut sama terkesan dengan perkongsian Jem Arboleda ini. Sudah pasti momen sebegini sangat berharga bagi mereka yang hilang tempat untuk bergantung.

Mereka juga berharap agar lebih ramai lagi yang tampil melakukan perkara sama membantu golongan yang daif dan tersepit.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana memiliki tampuk pemerintahan yang prihatin dengan masalah rakyat. Biar pun tak banyak, tapi ada bantuan disalurkan. Kemudahan dan keperluan rakyat juga sentiasa dijaga.

Tidak ralat sekiranya banyak negara mula cemburu dengan negara kita yang memiliki sistem yang lebih baik dalam mengawal wabak ini.

Kongsi artikel ini: